Sunday, January 7, 2018

PANGGILAN DARI 'SCAMMER'...

Assalammualaikum..w..b..t..

Pertama sekali Sa nak ucapkan selamat tahun baru 2018 untuk semua pembaca entry.. Semoga tahun 2018 memberi perubahan yang baik untuk semua.. Amin.. Insyaallah.. Sama-sama kita doakan yang terbaik...

Sebenarnya ada banyak entry yang Sa nak share kepada semua tetapi attitude malas tu tak dapat nak dielakkan... Minta maaf semua.. Tetapi entry kali ini adalah khas untuk pembuka tahun 2018.... Setahu Sa entry yang Sa nak share ni dah viral di media sosial... Nak dijadikan lebih menarik lagi, ianya berlaku pada keluarga Sa dan juga orang di sekeliling Sa...

Jadi sila baca sampai habis ye... Ini untuk keselamatan bukan sahaja kepada pembaca entry ini tetapi korang pun boleh share cerita ni kepada orang yang terdekat dengan korang...

Pada satu hari, Mummy Sa terima panggilan dari pegawai TM.. Panggilan terus ke rumah Sa... Pegawai TM tu namakan diri dia sebagai Tony Lee... Mummy Sa pun terus tanya, account TM saya ada masalah ke??? Tapi En Tony tu macam susah nak bagi jawapan.. En Tony tu cakap account Puan tak ada masalah... Ok agak pelik.. Kalau tak ada masalah, kenapa telefon??? 🤔🤔🤔🤔...

En Tony tu nak sampaikan yang Mummy Sa ada daftar satu account baru dengan TM yang beralamatkan di Kuantan,Pahang... En Tony tu pun bagi alamat yang berdaftar tu kepada Mummy Sa... Dan didapati account itu digunakan untuk kegiatan judi online.... 🤔🤔🤔..  Setiap satu information yang En Tony tu sharekan sangat tepat.. Dari nama penuh Mummy Sa dan nombor IC.. Dan didapati Sa sebagai guarantor untuk account baru tu.. Sa agak pelik, TM ada ke guarantor.. 😏😏... Kalau ada, sila bagi tahu Sa ye.. Sebab setahu Sa guarantor tak diperlukan.. 🙂🙂🙂... Nama penuh Sa dan nombor IC yang dibaca oleh En Tony pun sangat tepat...Mummy Sa lun gelabahlah bila semua information dan detail yang En Tony tu baca tepat.. Yelah.. Nama kan.. Memang kena jaga. Kalau tak, susah nak buat loan dengan bank... 😂😂😂... En Tony tu pun tanya Mummy Sa sama ada nak buat polis report atau tidak.. Memang nak lah jawabnya kalau keadaan boleh membahayakan pihak yang tertuduh.. Dan kata En Tony, dia boleh sambungkan kepada pihak polis.. Oo ok.. Agak pelik ye.. Boleh ke sambung-sambung macam ni??? Setahu Sa tak boleh.. Tapi 🤔🤔🤔🤔🤔🤔....

Bila panggilan disambungkan, Mummy Sa pun bercakap dengan Inspektor Amira Othman... Wow nama macam pelakon Abang Bomba I Love You je.. 😇😇😇.... Jadi Mummy Sa pun cerita kepada Inspektor tu apa yang En Tony dah sampaikan.. Inspektor tu pun jalankan tugasnya untuk soal siasat Mummy Sa..

Antara soalannya:-

1) Berapa orang di dalam rumah?
2) Berapa bank Puan ada?
3) Berapa jumlah wang dalam account?
4) Jenis handphone yang Puan guna?
5) Pekerjaan Puan?
6) Alamat pejabat/butik/kedai/etc ?
7) Alamat rumah Puan?
8) Ingat tak account number bank?
9) Berapa cash ada sekarang?

Wow.. Fantastic sangat soalannya...
Teruja...

Kata Inspektor itu, ketua judi online, David Lee dah ditangkap.. David Lee tu adalah bekas pegawai Maybank.. Wow.. Dahsyat ya.. 

Selepas Inspektor tu dah selesai soal siasatnya, Inspektor tu pun bagi nombor rujukan file kepada Mummy Sa.. Mummy Sa rasa macam tak puas hati dan Inspektor tu pesan, kalau Puan nak tahu lebih lanjut, sila ke IPD Kuantan dan berjumpa dengan dia.. Tetapi, Mummy Sa tak dibenarkan untuk viralkan hal ini kepada sesiapa pun termasuk ahli keluarga selama tiga hari.. Jika Mummy Sa didapati berbohong atau viralkan hal ini, dan jika orang-orang David Lee larikan diri, Mummy Sa akan ditangkap selama lima belas tahun.. Sebabnya, katanya waran tangkap dah dikeluarkan.. Perbualan antara Mummy Sa dan pihak pegawai yang terlibat telah dirakam dan disimpan sebagai bukti...

Mummy Sa pun kelam kabut dan panik.. Mula- mula Mummy Sa telefon Sa dan request Sa untuk ambil EL untuk ke Kuantan tetapi sebab untuk ke Kuantan tu akan diceritakan kemudian bila Mummy Sa jemput Sa di pejabat Sa.. Katanya tak selamat untuk berbual dalam talian.. Ok fine.. Sa tunggu...

Cerita punya cerita, dari soalan yang ditanya, Sa rasa musykil dan langsung tak masuk akal... Sa pun yakinkan Mummy supaya pergi IPD atau balai yang berdekatan.. Tetapi Mummy Sa tetap dengan keputusannya untuk ke IPD Kuantan.. Setahu Sa, andai kata kes melibatkan polis, kita boleh je pergi ke IPD atau balai yang berdekatan sebab sekarang ni semuanya sistem online.. Tapi nak puaskan hati Mummy punya pasal, kita turutkan je la... Dah nangis-nangis dan merayu.. Yelah.. Ramai staff orang cakap, kita bukan di tempat Mummy.. Jadi ketakutan Mummy tu lagi mendalam.. Jadinya, Sa pun bawalah Mummy ke IPD Kuantan untuk berjumpa dengan Inspektor Amira Othman....

Alhamdulillah dapat sampai IPD Kuantan sebelum jam 4 petang.. Dah selesai register di pondok polis bantuan, kami pun pergi ke pejabat Bahagian Jenayah untuk cari Inspektor Amira Othman.. Mummy Sa pun tanya kepada pegawai yang sedia ada... Bila pegawai tu cek nombor ID yang diberi, nombor ID tu tak valid!!! Dan tiada nama 'Inspektor Amira Othman' dalam senarai mereka...

WHAT???!!!
SERIUSLY???!!!

Dan rupanya ini adalah kes SCAM!!!

Memang dari mula lagi Sa dah syak ni semua Scammmm tapi nak explain dengan Mummy Sa sangat susah sebab Mummy Sa buta IT dan cepat sangat gabra.. Bila dah gabra, memang kita tak dapat fikir secara waras...

Apa yang terjadi tadi, dari terima panggilan TM, En Tony, Polis, Inspektor Amira Othman, David Lee, semuanya satu PENIPUAN ataupun SCAMMMM...

Pegawai polis di IPD Kuantan nasihatkan kami untuk buat laporan polis sebab Mummy Sa dah terbagi alamat rumah dengan pihak Scamm tersebut.. Untuk langkah keselamatan, kami buat report di Balai Polis Indera Mahkota dan akan submit di KL bila dah sampai...

Bila buat laporan tu, pegawai tu pun bagi tahu kami, yang kami amat beruntung kerana tak rugi... Agak pelik situ.. Apa yang dimaksudkan dengan 'RUGI'...

Rupanya Scammm ni akan tunggu kita ungkapkan:-

1) Macam mana nak selesaikan?
2) Nak buat macam mana ni?

Bila dah termasuk dalam perangkap, Scamm ni akan request korang untuk bank in/transfer/etc ke account bank dorang.. Jumlah akan ditetapkan oleh dorang... Mungkin RM10K.. RM20K.. Tak pasti...

Lagi menyedihkan bila pegawai polis tu bagi tahu kami yang seorang warga emas lingkungan 60 tahun ditipu RM10K.. Warga emas tu buat report polis dengan bertongkat lagi.. Dan duit RM10K tu dikeluarkan dari account Tabung Haji... Ya Allah.. Kesiannya... Kenapalah orang-orang sanggup buat macam ni..

Alhamdulillah Mummy Sa tak ada kerugian dalam bentuk wang ringgit.. Tapi Mummy Sa agak kecewa dan tak boleh terima kenyataan pada mulanya.. Biasalah.. Siapa boleh terima kan?? Ditipu macam tu...

Pesanan Sa kepada semua:-

1) JANGAN MUDAH PERCAYA dengan panggilan telefon yang diterima jika panggilan tersebut dikatakan dari telco (TM/MAXIS/CELCOM/DIGI/UMOBILE), bank (MANA-MANA BANK)... Maksud Sa disini, korang kena bijak untuk menilai sama ada itu panggilan adalah fake atau bukan....

2) KNOWLEDGE/STUDY... Korang mesti ada SOME knowledge dan study tentang benda basic..Contoh daripada story Mummy Sa ni, (a) logik ke ada guarantor untuk daftar TM, (b) boleh ke buat report polis secara talian...

3) TEGAS.. Kalau korang rasa panggilan tu dah melencong sikit, rasanya tak salah korang mengeluarkan ketegasan yang ada pada diri tu...

4) BERANI KERANA BENAR.. Kalau korang rasa korang tak buat salah, contoh tak buat Judi Online, jual dadah atau apa sekalipun, tak perlulah kot nak risau atau panik.. Bila panik, tenangkan diri dan fikir secara waras.. Ada setengah orang, macam Mummy Sa, dia seorang yang bijak tapi bila dah panik, semuanya hilang..

Story ni sebenarnya dah viral dalam Facebook dan Twitter.. Dan ramai yang dah share.. Nak dijadikan cerita lagi, kawan-kawan Sa, even GM di office Sa pun dah kena..  Dan setakat yang Sa tahu, jalan cerita semuanya sama... Cuma perbezaannya adalah dari mana panggilan itu datang.. Ada yang dari pihak telco.. Ada yang dari Bank..

Sa harap korang boleh ambil iktibar dari apa yang Sa kongsikan ini...

-SR-

No comments:

Post a Comment