Demam Akademi Fantasia 2015 masih tak reda lagi.. Buktinya para finalis sekarang ni masih sibuk mengadakan AF Tour di Sungai Petani dan juga di Parit Buntar.. Tahniah Astro kerana melahirkan bintang-bintang yang mantap untuk tahun ini...
Sebelum ini Sabrina ada update entri pasal Naib Juara AF 2015.. Kalau semua perasan, Sabrina ada tulis di penghujung entri itu yang akan ada sambungannya... Okay, kali ni Sabrina nak komen sikit pasal lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Naib Juara AF 2015 yang diberikan tajuk Hidup Dalam Mati.. Bermula daripada AF tahun lepas, single terbaru para finalis dapat di dengar oleh para pendengar sebelum konsert akhir... Sabrina ingat lagi tahun lepas, ada fans yang update Instagram dorang dan menyanyikan lagu peserta favourite dorang... Untuk tahun ini, sudah semestinya perkara yang sama berlaku kepada AF 2015...
Single yang pertama Sabrina nak dengar sudah semestinya Syamel... Sebenarnya Sabrina agak terkejut juga bila dapat tahu yang single tersebut dicipta sepenuhnya oleh Syamel sendiri...
Bukan sahaja mempunyai suara emas tetapi mempunyai bakat dalam bidang penulisan (lagu)... Bagus Syamel.. Satu langkah yang bagus untuk Syamel... Masa depan cerah kalau kita mencipta lirik lagu sebab akan dapat royalti..Terjamin...Sabrina dengar lagu Hidup Dalam Mati sebelum Sabrina nak tidur... Kalau nak hayati lagu, seeloknya jangan ada orang kacau dan kalau boleh hayati setiap lirik yang ada dalam lagu tersebut... Baru pertama kali dengar, Sabrina boleh conclude yang lagu ni boleh pergi jauh dan bakal di ingati oleh semua orang yang mendengar sebab liriknya sangat dekat dengan kehidupan semua orang... Selesai je dengar lagu Hidup Dalam Mati, Sabrina terus fikir yang Syamel ni ada melalui kenangan pahit dalam bercinta ni sebab lirik sungguh mendalam... Tapi tak apa, itu kan rahsia Syamel.. Jadi biarkanlah...
Adik Azra menyanyi lagu Hidup Dalam Mati...
(Tak pasti boleh view atau tak, tapi boleh tengok kat link ni:
https://www.facebook.com/435653016559379/videos/vb.435653016559379/443581722433175/?type=2&theater )
Kenapa Sabrina cakap lagu ni berhantu??? Sebabnya, agak terkejut bila 15 Oktober 2015 (Khamis), di mana para finalis menonton filem Polis Evo bersama dengan peminat di Cathay Damansara, ada dua orang budak kecil (adik beradik) anggaran umur dalam 4 ke 6 tahun (kalau tak silap), menyanyi lagu Hidup Dalam Mati, tak payah tengok lirik, hafal tu part chorus... Dengan tone yang betul... Sangat-sangat terkejut... Yang bestnya, Syamel dukung dan dengar si budak kecil itu menyanyi lagu Hidup Dalam Mati dan mungkin Syamel terharu dan tak sangka yang lagu ciptaannya menjadi siulan orang ramai bukan sahaja di kalangan artis dan orang dewasa tapi menjadi siulan budak kecil juga... Berhantu sangat kan??? Dapat merasuk dalam jiwa budak-budak tu... Terbaik Syem... Sangat terbaik..
To be continue...
-SR-
No comments:
Post a Comment