Friday, June 30, 2017

LOVE CHARITY BY LUKAHASADAR

Assalammualaikum..w..b..t..

Pertama sekali Sabrina nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri mohon maaf zahir dan batin kepada semua muslimin dan muslimat tidak kira di mana sahaja anda berada.. Semoga Syawal 1438H ini memberi 1001 kenangan yang terindah untuk anda dan keluarga anda.. Amin...

Ok kali ni Sabrina nak update mengenai aktiviti yang team Lukahasadar lakukan semasa bulan Ramadhan iaitu pada 8 Ramadhan 1438H bersamaan dengan 3 June 2017...

Aktiviti diberi nama Love Charity... Mesti pelik kan kenapa Love Charity??? Apa maksudnya??? Love Charity  by Lukahasadar bermaksud 'Connection Towards Outsider'... Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk berkongsi rezeki dengan orang awam.. Insyaallah jika diizinkan, aktiviti ini akan diadakan setiap tahun di bulan Ramadhan...

Untuk tahun pertama Lukahasadar (partner of 2), menu yang dipilih adalah:

- Mee hoon goreng + Sosej/Nugget + Kurma + Mineral  sebanyak 50 pax
- Nasi goreng + Sosej/Nugget + Kurma + Mineral sebanyak 50 pax


Bungkusan sebanyak 100 pax

Aktiviti dimulakan pada jam 4.30 petang...

Bermula dari kawasan Masjid Jamek

Distribution makanan diberi keutamaan kepada orang Islam yang berpuasa dan yang tidak berkesempatan untuk ke bazar dek kerana tuntutan kerja harian.. Antaranya pemandu bas, pemandu teksi, polis bantuan dan juga orang awam yang lain...


Polis bantuan

Kakak yang baru balik dari kerja (baru turun dari pengangkutan awam)

Pax makanan untuk pemandu bas

Golongan kurang upaya

Pemandu teksi

Pak Cik tukang kasut

We are DONE!!!
Alhamdulillah... 

Pada mulanya, Lukahasadar bercadang untuk melakukan distribution kepada para gelandangan.. Tetapi setelah menghubungi PIC untuk pusat gelandangan, malangnya kami terlambat sedikit kerana jadual untuk pemberian makanan dah fully-booked.. Setelah membuat perbincangan dengan semua yang terlibat, kami membuat keputusan untuk distribute kepada orang awam yang berada di sekitar kawasan Masjid Jamek, Jalan Pudu dan Jalan Petaling... Alhamdulillah, aktiviti Love Charity ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan...

Aktiviti ini sangat menarik dan dapat puaskan hati masing-masing kerana gembira melihat respond orang awam terhadap aktiviti yang dilakukan oleh kami...

Insyaallah, Love Charity akan diadakan pada tahun 2018...



-Love Charity by #lukahasadar (partner of 2)



~SR~














No comments:

Post a Comment