Ujibakat Ujibakat Ujibakat...
Ada sesiapa yang pernah lalui proses ujibakat tak?
Macam mana? Lulus atau gagal? Kalau AF, dapat hijau atau merah?
Apa perasaan anda bila lulus? Mesti happy kan? Haa kalau gagal?? Sedih tak???
Ok FINE!!
Sabrina faham apa perasaan bila dapat ke next stage (Lulus) dan tak dapat ke next stage (Gagal)..
Sebabnya Sabrina pun pernah lalui proses itu.. Mungkin ada di kalangan semua yang banyak kali pergi ujibakat. Lebih-lebih lagi ujibakat AF... Tak hairanlah kalau banyak kali cuba nasib kat AF tu.. AF kan salah satu platform untuk umum.. Siapa yang nak jadi penyanyi serba boleh, pelakon, AF lah permulaan dia. Kalau nak listkan, banyak pelakon dan penyanyi yang berjaya sekarang ni semuanya dari bakat AF.. Sabrina ni sebenarnya sangat suka dalam bidang hiburan ni.. Kalau boleh nak jadikan bidang pengacaraan dan lakonan sebagai kerjaya Sabrina.. Memang cita-cita dari kecil lagi.. Tak pun jadi orang belakang tabir pun ok as long as ada kaitan dengan Entertainment Industry..
Ok bercerita pasal ujibakat, ujibakat pertama yang Sabrina join adalah ujibakat lakonan yang di anjurkan oleh DFKL awal tahun ni sempena bengkel yang TV3 dan TV9 anjurkan.. Pengalaman yang sangat-sangat kelakar dan tak pernah terlintas di fikiran Sabrina yang akan jadi salah seorang peserta untuk audition. Kelakar sangat-sangat.. Naik je atas stage tu, juri tanya:
Juri: Ok, sekarang apa yang awak nak tunjukkan?
Sabrina: Apa yang nak kena tunjukkan?
Juri: Ok sekarang situasinya gembira dapat hadiah dari boyfriend.
Sabrina pun berlakonlah watak yang happy..
Juri: Ok, sedih kena tinggal boyfriend..
ACTION
Juri: Marah marah..
ACTION
Juri: Ok, awak tak cukup energy.. Cuba lagi..
Sebelum juri suruh berlakon, dorang tanya kenapa nak jadi pelakon. Sabrina memang tak siap apa-apa jawapan pun masa tu. Maklumlah, first time kan.. Tak tahu apa soalan yang akan di tanya.. Sabrina pun jawab, "Saja".. Juri tu pun cakap, "Mana boleh saja-saja. Awak kena serius dan jadikan bidang ni sebagai karier utama awak".. Pergh.. Sabrina tak tahu nak jawab apa.. Hahaha.. Tak apa.. That was a great experience walaupun tak berjaya tapi percubaan yang sangat baik bagi Sabrina sebab Sabrina keluar dari kepompong selesa Sabrina. Sesuatu yang tak pernah Sabrina buat sebelum ni..
Yang kedua adalah pitching.. Nak tahu tak apa pitching?? Pitching ni sebenarnya lebih kurang macam presentation.. Kali ni TV3 dan TV9 buat lebih kurang macam pertandinganlah. Siapa yang berjaya mencuri hati juri dengan storyline dia, cerita tersebut akan di tayangkan di TV3 atau TV9.. Best kan?? Cerita kita ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia dan mungkin juga seluruh dunia.. Sabrina yakin mesti cerita tu akan di upload dalam Youtube..
Pitching adalah ujibakat kedua Sabrina pada hari kedua DFKL diadakan.. Cerita yang Sabrina pitchkan berdasarkan kisah benar yang pernah dilalui.. Sabrina sebenarnya sangat-sangat baru nak tahu semua tentang istilah-istilah dalam entertainment industry ni.. Sebelum ni kan Sabrina berkelulusan akaun.. So memang tersasar jauhlah.. Bila Sabrina pitch, memang nampak sangat yang para juri sangat bosan dan dorang macam tahu apa yang akan terjadi sebab salah seorang daripada juri tu tolong Sabrina untuk endkan pitch Sabrina.. Memang agak sedih tapi tidak mengapalah.. Satu percubaan yang baik..
So sesiapa yang nak pergi ujibakat untuk lakonan, anda haruslah:
1) Energetic
2) Buat study tentang body language
3) Be yourself
Untuk pitching pulak:
1) Pastikan storyline anda menarik dan lain daripada yang lain
2) Idea dan konsep cerita kena ada 3 act structure.. (Apa tu?? Google k)
3) Cara pitch (present) kena yakin dan bersemangat
Oklah semua.. Kepada yang nak ujibakat dan casting tu, good luck!!
No comments:
Post a Comment