Orang pergi bercuti masa cuti semester tapi saya, hujung minggu... Mana taknya, semuanya sebab cuti dengan budak UITM tak sama... Tak apalah sekurang-kurangnya boleh tenangkan fikiran masa hujung minggu daripada stress yang melanda... 13/10/2011 adalah tarikh di mana saya bersama Mummyku, adikku dan MR. H pergi ke Hat Yai... Kami ke sana dengan menaikki Bas Konsortium dari Jalan Duta pada jam 11 malam... Mulanya, Mummy nak ambil bas double decker tapi saya kurang setuju sebab agak bahaya dan saya tak ada keberanian untuk naik bas itu... Sebelum berangkat, kita orang singgah makan di terminal Duta sebab saya cakap dengan Mummy yang saya lapar... Sebaik sahaja bas sampai, dalam beberapa minit, kami pun terus lelapkan mata sebab sejuk, selimut di sediakan dan perjalanan pun jauh... Adik Farah duduk dengan Mummy di depan nombor 1 manakala saya dan Hairi seat nombor dua.. Sampai di sempadan Malaysia-Thailand pada jam 7 pagi tapi sampai ke destinasi (Hat Yai) jam 9 pagi (jam Malaysia)... Mana tak nya ramai orang pergi ke negara Siam... Beratur nak cop pasport pun ramai... Berjam-jam tunggu dan kami orang yang terakhir masuk ke dalam bas sampai pemandu bas pun cari kami... Masa sampai di terminal Hat Yai, mulanya Mummy rasa happy sebab ingatkan boleh cek in terus ke hotel sebab tengok jam dah nak hampir jam 10 pagi... Tapi bila tengok jam di dinding terminal, rupa-rupanya di Thailand baru jam 9 pagi... Hais!!! Lambat sejam rupanya negara Thai ni... Last-last, kami pun letak beg di terminal dan jalan-jalan di tepi-tepi terminal sambil cari restoran makan dulu...
Masa pun suntuk... Lepas saja cek in hotel, saya, Adik Farah dan Hairi pun terus mandi... Lepas mandi, kami pun terus shopping.. Cari cenderamata untuk kawan dan family... Ada yang kami belikan baju Thailand, beg, key chain, baju tidur macam-macam lagi laa.. Lepas selesai, giliran kami pulak beli barang... Hairi borong jersey... Banyak betul dia beli.. Mana taknya, dia beli dengan kawan dalam RM45 sedangkan dia dapat RM30 saja di Hat Yai.... Saya pulak beli dress, kasut dan seluar.. Adik Farah, tak tahulah apa yang dia beli... Yang nampak cuma seluar jeans dan baju T-shirt... Lepas tu, kami pun naik tuk tuk untuk pergi ke floating market.... Sebenarnya di sana tak ada apa apa pun cuma yang menarik perhatian adalah dagangan dorang di atas air... Waktu di sana, banyak laa jugak hasil kraftangan yang dorang buat... Nak beli tapi agak mahal.. Cukup laa sekadar tengok dan tangkap gambar... Ada laa macam fun fair (game-menang boleh dapat teddy bear)... Tapi, buang duit je sebab tak menang apa pun...
Masa nak balik ke KL, mummy pilih bas double decker sebab Adik Farah nak naik... Katanya, teringin nak naik... Happy sampai dia tak nak makan alasannya, dia senang hati.... Sampai menyanyi lagu sebab terlampau happy... Ayat yang dia selalu ulang adalah, 'Abang nak tahu kenapa saya ketawa dan senang? Sebab, malam nanti saya naik bas dua tingkat balik KL..'...
Sebelum naik bas, sempat lagi singgah kedai untuk beli beg, keychain dengan baju... Sebelum balik, saya dapat beg... Beg tu agak lembut sikit sebab macam buat daripada kertas je.. Tak tahu laa betul ke tak... Tapi yang pasti, beg itu sangat cantik.. Tak berani nak pakai sebab mummy punya baru dua hari pakai daa musnah...
Masa naik bas, macam jakon laa pulak sebab asyik-asyik ambil gambar... Masa dalam perjalan balik tu, memang seronok dan agak terang laa sebab seat pun lebih kirang kat depan sekali dan memang kami menghadap skrin (cermin kereta laa)... Apa apa pun, bercuti di Hat Yai sangat best sebab barang murah tapi tak puas.. Rasa nak pergi lagi nanti...
Kalau dari hatyai - J. Duta ada kan? Berapa tambang?
ReplyDelete