Thursday, June 7, 2012

Hari Jadi Dayang Nur Farina

Hai... Lama tak update blog ni... Kalau orang yang memang suka stalk orang punya blog memang tak sabar nak tahu perkembangan atau perjalanan hidup blog ni (kononnya)... Kita bercerita tentang hari jadi... Hari jadi siapa??? Hari jadi si kecil yang mempunyai nama samaran Ain Kuntut atau nama sebenar Dayang Nur Farina.... Hari jadi yang ketujuh tahun disambut dengan besar-besaran sebabnya menurut mummy, dia dah besar dan nak dapat banyak hadiah... Genap 7 tahun pada 21 Mei 2012 tapi party di sambut pada 19 Mei 2012... Perancangan di buat secara rapi (semasa Final Exam)... Menu dan flow program dirancang bersama Kak Long dan Bella...

Sehari Sebelum Kejadian
Kak Long akan berangkat dari Ipoh pada hari Jumaat, 18 Mei 2012... Dia ke KL dengan menaiki kereta kancil merah kesayangan ibunya... Mula-mula bercadang nak ke Subang tanpa dijemput tetapi akhirnya terpaksa dijemput sebab lebih 10 kali sesat jalan.. Dah bagi direction pun masih sesat...Tak tahu lah nak buat macam mana lagi... Tu lah ego sangat last2 kalah jugak...Padan muka...!!!

Selepas ambil Kak Long di Giant, Shah Alam, kita orang ke Sunway nak beli barang untuk goodie bag tapi selepas MR.H balik dari kerja.. Malam tu agak kelam kabut sikit sebab barulah bercadang nak beli barang2 untuk di isi dalam goodie bag... Selepas je beli barang2 untuk goodie bag, kita orang ke Chow Kit untuk beli barang2 mentah... Pada malam tu, saya agak moody sikit disebabkan sesuatu yang menyakitkan hati saya tetapi BIARLAH RAHSIA....

Hari Kejadian

Tidur jam 3 pagi selepas selesai makan malam... Bangun pulak jam 9 pagi sebab banyak kerja yang kena buat disebabkan acara bermula jam 4 petang... Pagi tu kami bahagikan kerja.. Saya masak maggi untuk sarapan Ain Kuntut... Selesai je masak maggi untuk Ain Kuntut, saya terus goreng nugget dan rebus telur... Kak Long pulak buat sandwich telur dan sardin... Selepas tu dia cuci ayam bila mummy dah selesai belanja... Sebelum acara bermula, agak kelam kabut sebab bilangan orang dalam rumah tu tak lah ramai jadi buat kerja pun lambat.... Sedang buat kerja, tiba2 blackout pulak.. Mummy risau sebab kesian kat Ain Kuntut,... Ya lah takkan hari jadi nak berpanas kan... Tak seronok lah... Nasib baik elektrik ok satu jam sebelum acara...

Tepat jam 4 petang, tetamu dah datang tapi tuan rumah belum sempat nak mandi... Memang agak kelam kabut lah masa tu... Ramai yang dah sampai tapi tak ada orang yang mengajukan air untuk diminum kepada tetamu.. Bila turun dari tangga, nampak adik MR. H, tengah menghidang air kepada tetamu... Mula2 acara tu macam boring semacam je tapi lama2 jadi seronok sebab makin ramai yang datang dan setengah daripadanya dah lama tak jumpa jadi bahan untuk dibual banyak...  Selepas tu, acara tiup kek pun bermula... Kek Ain Kuntut cantik tapi macam tak berbaloi... Kek yang berpatungkan Barbie yang mempunyai perisa coklat dan vanila... Nampak cantik tapi payah betul nak potong kek tu dan perisa pun kurang memuaskan... Menu pada hari tu memang lebih, over atau extravaganza daripada apa yang dirancangkan.... Kami agak risau kalau2 budak2 yang datang tu boring sebab tak ada orang yang conduct activity untuk budak2... Tapi tak tahulah kenapa waktu tu Kak Long sangat baik dan ramah pada budak2... Dia layan budak2 yang datang dengan sangat baik sampaikan minat pada seorang budak yang bernama Ian... Dalam banyak2 budak yang datang, dia hanya Ian dengan baik sekali... Bak kata Kak Long, Ian seorang budak yang teramat atau extravaganza comel dan petah bercakap... Bermacam2 yang Ian cerita kat Kak Long... Tentang Konsert Final Mania,rumah idamannya, dan macam2 laa...

Acara membuka hadiah didahului dengan hadiah Daddy, Mummy, MR.H, Kak Su, saya dan diikuti dengan kawan2 yang lain...

Acara dari petang jam 4 petang sehinggalah jam 11 malam.. Semuanya delay sebab Tuan Azaf.. Haish... Orang semua datang awal... Tuan Azaf ni suka susahkan orang.. Datang lambat... Dah laa tetamu terakhir, nak kemas lagi mengambil masa... Hurm... Memang penat yang teramat dan tak terkata laa jawapannya...

Secara keseluruhannya, acara Hari Jadi Dayang Nur Farina amat menyeronokkan walaupun penat...

Kepada Nurul Aqilah @ Kak Long, saya sekeluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga sebab sudi datang dari jauh untuk olong menjayakan majlis Hari Jadi Ain Kuntut.. Jasa mu dikenang...

Kepada Tuan Azaf pulak, tu luahan hati yang ikhlas tapi main2 je... No heart feeling ye...

No comments:

Post a Comment