Hai semua.. Dah dua minggu tak update blog ni rasa macam rindu pulak nak berimaginasi.
Beberapa minggu ni Sabrina agak sibuk sebab mak Sabrina baru sahaja balik dari menunaikan Haji bersama dengan nenek, mak cik dan pak cik Sabrina. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan pergi dan balik dengan selamat.. Syukur..
Oklah, hari ni Sabrina nak cerita tentang Audition.. Aik, hari tu kan dah cerita, kenapa nak cerita lagi?? Ok, hari tu audition untuk bidang seni yang lain.. Kali ni bidang seni yang lain.. Bidang seni kan ada banyak cabang.. Ada lakonan, nyanyian, tarian, mengacara, juruhebah (DJ) dan tak terkecuali di belakang tabir macam editor, editing video dan yang lain-lain lah.. Kalau nak senaraikan memang banyaklah..
Kalau hari tu, Sabrina pergi audition untuk lakonan dan jugak pitching. Kali ni, Sabrina memberanikan diri untuk pergi audition dalam Projek Radio anjuran Hot FM.. Audition untuk Projek Radio ni ada tiga cara:
1) Hantar voice note message melalui Whatsapp
2) Uploadkan video korang di Youtube
3) Pergi secara live (menghadap juri) di PNB Darby Park
Untuk pengetahuan semua, Sabrina buat ketiga-tiga cara di atas.. Tapi kali ni, Sabrina nak cerita tentang cara yang ketiga.. Sebabnya, cara ketiga ni adalah pengalaman yang paling manis buat Sabrina.
Sabrina pergi audition di PNB Darby Park dengan Hairi dan juga adik Sabrina. Memang Sabrina nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada dorang berdua ni sebab sudi teman Sabrina.. Tak berani nak minta teman Daddy sebab takut.. Hehehehe.. Tapi tak sangka pulak Daddy tak tahu.
Macam audition yang lain, kena ambil nombor, isi borang, bagi resume dan tunggu giliranlah.. Sabrina dapat nombor 118.. Ha ingat lagi tu.. Sampai jam 9.30 tapi nombor dah jauh.. Yalah kenalah faham Hot FM kan ada follower yang ramai jadi sekali dorang iklan, memang ramailah yang join..
Masa tunggu giliran tu, macam-macam gelagat yang dapat kita orang semua sebagai peserta tengok. Yang paling Sabrina happy dapat jumpa kesemua penyampai Hot FM secara live ni cuma yang tak ada masa tu Fara Fauzana dan juga Kieran.. Mungkin mereka lambat sampai, sebabnya ramai peserta yang tak berjaya, dorang terus balik.. Yalah dah tak berjaya buat apa nak tunggu kan?? Ok.. Apa tujuan dorang ada kat PNB Darby Park tu?? Ha.. Dorang bagi banyak tips kat kami semua.. Macam mana cara nak bercakap, macam mana nak menghadap dengan para juri, skrip apa yang sesuai, suara macam mana dan sebagainya.. Sabrina tabik dengan Liza sebab dialah yang bersemangat bagi tips kat kami semua.. Dia kan juara Projek Metro jadi mestilah dia rasa apa yang kami rasakan. Thank you Liza untuk tips tersebut..
Ok, bila tiba giliran Sabrina, agak gementar sebab akan menghadap dengan juri yang nama yang besar.. Masa tu ada Seelan Paul, bos kedua Hot FM (tak tahu nama), Sharifah Aleeya dan sorang lagi tak tahu.. Heheheh... Jadi dorang pun tanya, nama penuh, nak panggil apa, kerja apa dan dan dan, dorang suruh Sabrina untuk bercakap. Sabrina pun cakap dan cakap dan cakap.. Untuk kali pertama, skrip sangat pendek dan dorang cakap abrina terlampau ikutkan skrip. Dorang bagi peluang kedua lagi.. Sabrina buat lagi, dengan terbaik tapi tapi tapi tersangkut bila lupa beberapa skrip.. Aduyai.. Masa tu Sharifah Aleeya komen Sabrina.. Leeya cakap, dia tak tengok cara penyampaian Sabrina secara fizikal.. Dia cuma dengar suara Sabrina dan dia cakap dia boleh tahu yang Sabrina ni kalau cakap mesti tangan pun bergerak.. Dan dia bagi tips lagi, kalau nak jadi DJ, tak perlulah tangan nak bergerak.. Kalau boleh releks, cool, senyum.. Dan tak lepaslah ke stage yang seterusnya.. Bagi Sabrina, komen Leeya ok tapi Sabrina tak dapat sangat main point kenapa tak dapat ke next stage.. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya, Sabrina tahu apa yang nak kena improve..
TQ KAK LEEYA..
Peminat setia Radio ERA mesti tahu kan yang Aril menarik diri atau pun berhenti jadi DJ radio ERA sebab nak fokus dalam bidang nyanyian. Jadi dengan itu, Radio ERA mengadakan satu program realiti untuk mencari bakat baru menggantikan tempat Aril.. Radio ERA mengadakan program PENYAMPAI TOP MALAYSIA (PTM)... Cara nak join PTM ni senang je. Caranya:
1) Kena isi borang di laman web www.era.fm.
* Borang tu umpama resume sebabnya kena upload resume jugak beserta dengan gambar.
2) Kena upload video 15 saat di instagram
Mula-mula rasa macam malu pulak nak join sebab kena upload video kat instagram. Ramai kot kawan-kawan yang follow instagram. Tapi tak apalah.. Belum cuba belum tahukan.. Jadi Sabrina pun uploadlah video dan hantar kat instagram.. Sabrina hantar empat kali video.. Hehehehe... Boleh ke?? Bolehlah sebab tengok ramai orang buat macam tu.. Heheeh... Radio ERA tutup penyertaan dua hari lebih awal sebab dorang cakap ramai sangat yang hantar dan dorang cakap 'Nantikan panggilan dari kami'.. Bila dah tutup penyertaan tu, Sabrina dah macam malaslah nak fikir sebab macam tak dapat je.. Bila tengok balik video yang orang #penyampaitopmalaysia tu ramai yang hebat-hebat belaka.. Jadi Sabrina pun tak mengharap.. Hari Jumaat, tiba-tiba dapat call daripada 'No Caller ID'.. Sabrina ingatkan Mummy Sabrina sebab Mummy pun setkan nombor HP sebagai private nombor.. Jadi angkat macam biasa, tak ada nervous tak ada apa.. Tiba-tiba dengar suara yang ramah dan agak penat, dorang cakap, ni daripada Radio ERA dan dorang pun cakap yang Sabrina adalah antara Top 50 untuk PTM dan dikehendaki pergi ke Astro esok (Sabtu,9 pagi) untuk temuduga.. Masa tu memang sangat-sangat happy tak terkata lah sampi bagi tahu dengan Yi Xuan dan Catherine.. Dorang pun happy sekali.. Thank you kawanku..
Balik tu, terus bagitahu Daddy, Hairi dan Farah.. Oleh kerana Hairi tak balik minggu tu, jadi Sabrina pergilah dengan Daddy.. Yelah, Daddy pun tahu Astro kat mana sebab dah dua kali pergi Astro ambil tiket AF... Heheheh... Masa sampai depan gate Astro, agak nervous dan nampaklah orang menunggu.. Orang-orang yang Top 50 PTM sangat-sangat top la.. Bukan calang-calang tau.. Ada yang dari Media Prima, Pembantu produser Meletop, Bernama dan juga On Air Talent(perantis Pak Nil).. Rasa agak down jugak lah tapi tak mengapa, itu semua cobaan dan apa yang penting, kita kena yakin pada diri sendiri..
Bila masuk dalam Astro tu, pergh memang tak terkata lah.. Sangat-sangat speechless.. Cantik yang teramat dengan studionya dan lain-lain.. Bila jalan dalam Astro tu rasa macam sesuatu je.. Tapi bukan rasa artislah.. Rasa bersyukur sangat dapat jugak jejakkan kaki di tempat yang gempak, besar dan dikenali umum.. Kami semua diminta untuk berkumpul di Cafe Ceria untuk tunggu turn di interview... Sabrina pun berkenalanlah dengan peserta yang lain... Sebelum start tu, Shac ada juga bagi tips kat kami semua.. Dan tips yang paling penting adalah 'JADI DIRI SENDIRI'... Bila khusyuk berborak, tiba-tiba dorang panggil.. Agak terkejut jugak sebab Sabrina nama pertama yang di cari.. Rupa-rupanya Sabrina peserta pertama untuk di interview.. Agak terkejut tapi tak apa lah.. Dah mula kenalah buat yang terbaik dan habiskan dengan sehabis mungkin.. Dapat atau tak dapat belakang cerita yang penting kita tahu apa kelemahan dan kehebatan kita..
Masuk dalam bilik interview, ada tiga orang juri.. Juri Muzik Eksekutif ERA, Shac, Produser HLive, En Adly dan Bos Radio ERA, En Nazri.. Pergh agak nervous tapi Alhamdulillah Sabrina boleh buat situasi itu seperti biasa dan okay.. MAcam biasa kalau kena interview,kenalah kenalkan diri, buat apa dan bla bla bla... Lepas dah kenalkan diri, seterusnya sesi Q & A.. Macam-macam yang di tanya oleh juri.. Ada soalan tu sampai Sabrina pun tak boleh nak jawab sebab tak buat persediaan apa pun tentang soalan yang nak di tanya.. Jadi Sabrina pun main bedal je la janji yakin pada diri dan jawapan.. Lepas dah selesai, para juri semua cakap 'NO'.. Agak kecewalah jugak.. Tapi para juri sangat baik sebab dorang bagi pendapat dan kritikan yang sangat membangun dan berguna untuk Sabrina di masa hadapan untuk next audition.. Jadi Sabrina kena ambil segala nasihat yang diberi oleh para juri..
Walaupun tak terpilih untuk menjadi pemenang projek radio Hot FM dan PTM, tapi Sabrina amat bersyukur kerana Sabrina telah mencabar diri Sabrina untuk menjadi lebih berani.. Terima kasih Kak Leeya, Shac, En Nazri dan En Adly.. Tips yang sangat berguna untuk Sabrina..
MENUJU KEJAYAAN HARUS LALUI KESUSAHAN DAN KEGAGALAN TERLEBIH DAHULU..
Selamat maju jaya semua.....

No comments:
Post a Comment