Pertama sekali, Sabrina nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua yang menyambut perayaan ini. Semoga perayaan tahun ini lagi meriah daripada tahun-tahun lepas.
Kali ini, Sabrina nak kongsi sedikit tentang apa yang korang patut buat bila kena marah. Banyak cabang bila kena marah ni. Ada yang kena marah oleh parents, cikgu, kawan-kawan, adik beradik dan juga bos. Hari ni, Sabrina nak share tentang Sabrina yang kena marah oleh bos dan ayat yang makan dalam yang bos bagi.
Sebenarnya, tak di nafikan yang salah Sabrina juga tak menepati apa yang bos nak. Bos suruh buat A tapi Sabrina buat separuh jalan A. Agak sedih jugalah bila bos marah tu sebabnya ini first time bos tinggikan macam ni tapi bila di fikirkan, tak bolehlah nak touching-touching sebab puncanya adalah dari diri sendiri kan. Suka atau tak, kena terima.
Yang kedua, ayat yang makan dalam yang bos bagi.
Daddy Sabrina kena balik ke Kuching, Sarawak disebabkan kerja. Mummy pulak belum balik dari mengerjakan Haji. Jadi, Farina (adik) tak ada orang jaga. Sebelum ni, Daddy pun kena balik Kuching sebab kerja juga jadi Farina kenalah ikut ke office selama tiga hari. Kali ni, Sabrina minta izin terus dari Mummy Bos. Ingatkan dia bagilah Farina tumpang selama dua hari tu sebabnya Jumaat tu dorang nak pergi ke Taiwan untuk company trip. Tapi ada ayat yang tersirat yang Mummy Bos bagi. Walaupun tak cakap terang-terang, Sabrina fahamlah apa maksud dia. Ada juga kebenaran di situ tapi agak makan dalam jugalah ayat yang dipakai. Sebenarnya Sabrina terkejut sebabnya Mummy Bos nampak baik dan pendiam tapi bila dah bersuara tu, pergh.. Sampai sekarang terasa. Betullah kata orang, orang pendiam ni bahaya sikit. Tapi tak apa, saya terima dengan hati yang terbuka (bukan perli ye).
Jadi apa yang patut dilakukan?
1) Jangan lawan bila bos tengah marah dan ketika dia tengah bercakap
2) Sentiasa senyum bila bos bagi ayat yang 'makan dalam' dan cuba untuk tenang
3) Lepas kena marah tu, cuba cari ketenangan sendiri. Kalau kebetulan masa tu dah nak habis waktu bekerja, baik balik je lah. Kalau belum habis waktu bekerja, pergilah toilet dan seeloknya jangan buat kerja sebabnya fokus confirm hilang dan semangat nak buat kerja pun tak ada.
4) Cuba luahkan dekat kawan yang kita percayai. Kalau boleh jangan dengan kawan officelah. Sebabnya kawan office ni kadang-kadang boleh jadi CNN juga. Cuba luahkan mungkin dengan department yang lain atau kawan yang bukan sepejabat.
5) Makan banyak-banyak. Ini adalah salah satu cara Sabrina nak hilangkan marah dan juga stress. Kenapa makan? Sebabnya, bila kita makan, kita akan rasa kenyang dan juga puas. Rasa marah tu bolehlah hilang sikit-sikit.
Jadi, bila kena marah tu, janganlah sedih dan rasa down. Cari cara yang tersendiri atau tips di atas untuk tenangkan diri.

No comments:
Post a Comment