Assalammualaikum kepada semua pembaca entri....
Alhamdullillah team LUKAHASADAR selamat pergi dan balik dari vacation trip kami ke Pulau Pinang... Sangat interesting, memorable moment dan banyak kenangan yang manis kami create sama-sama...
Untuk tentatif percutian kami selama tiga hari dan dua malam nanti Sabrina sharekan lepas entri ini..
OK??? ^=^...
Kali ni Sabrina nak share pasal aktiviti yang sangat-sangat menarik bagi Sabrina dan juga kepada team LUKAHASADAR iaitu ber-flying lemur di Escape Park... Aktiviti inilah yang paling diingati oleh kami sampai sekarang walaupun dah seminggu berlalu...
Setengah tempat bagi nama flying fox tapi di Escape Park, Penang, dorang gelar fying lemur.. Jangan tanya Sabrina kenapa sebab Sabrina pun tak tahu sebabnya... Apa-apa pun, flying lemur di Escape Park dibahagikan kepada dua main point iaitu highest dan lowest... Apa bezanya??? Ha... Bezanya adalah ketinggian yang dah di setkan oleh Escape Park... Selesai aktiviti acrobat, kami decide nak ke flying lemur... Harith kononnya cakap nak buat aktiviti yang ringan dulu.. Oklah.. Kalau di fikirkan, setujulah juga.. Setakat flying fox, sekejap je.. Petik jari (cenggini je).. Wah berlagaknya.. Ok jom follow what happen next... Hahahahaa...
Ok.. Nak ke point flying lemur, team LUKAHASADAR kena naik atas bukit sikit..Tapi tak adalah tinggi dan jauh sangat... Kurang 5 minit je... Sampai je di pondok, team LUKAHASADAR kena tunggu turn dulu.. Sebab ramai yang join aktiviti ni dan mungkin juga, setiap seorang ambil masa yang agak lama untuk settlekan setiap checkpoint yang ada... Untuk korang yang suka berselfie macam team LUKAHASADAR, minta maaf ya, handphone, polaroid, camera dan seumpamanya tidak dibenarkan untuk guna semasa berflying.. Jangan risau, sebab di pondok ada sediakan loker dan sangat-sangat selamat sebab loker tu berkunci dan korang kena bawalah kunci tu semasa korang berflying...
Ok, jom Sabrina nak share experience team LUKAHASADAR....
Sebelum nak berflying, conductor ada tanya, nak pilih high atau low fly... Kami masing-masing macam sentap sikit.. Yalah, Sabrina first time join flying fox @ flying lemur ni... Dan yang lain pun sama juga.. Tak tahu beza high and low ni.. Harith pula decide terus ke high point.. Kami pun mula-mula sentap juga... Sentap, terkejut, takut semualah ada.. Tapi kami semua sahut cabaran tu untuk diri sendiri.. Mesti boleh punyalah.. Kita tak cuba, kita tak tahu setakat mana kemampuan kita...
![]() |
Selepas selesai berfying lemur, semua muka happy dan muka penat... |
Sebelum fly, team LUKAHASADAR disuruh pakai baju keselamatan (tak tahu actual namanya apa.. SORRY)... Tapi, yang tak bestnya, tak ada proper guideline dan explanation daripada conductor... Dorang cuma explain, sebelum lompat korang kena pastikan tali dihadapan attach dengan tali di belakang (jangan risau, kalau korang first time, bagi tahu je kat dorang, dorang akan demo)... Korang tak akan tahu flow di setiap checkpoint.. Apa yang korang tahu adalah, lompat, stop, lompat, stop dan selesai...
Masa di checkpoint pertama, kami mulakan dengan Luis, Harith, Sabrina, Idarul dan Kaka untuk team LUKAHASADAR dan ada lagi tiga orang budak IPTA yang join selepas Kaka.. Di checkpoint pertama, masing-masing rasa takut yang sangat-sangat gila lah.. Siap Luis boleh plak terkentut.. Haiya ini orang ha.. Dahlah kentut, busuk lpas kentut, boleh plak larikan diri terus lompat ke checkpoint kedua.. Ok fine.. Tak kisah pun..
Kalau tak silap Sabrina, ada lebih kurang dalam tujuh ke lapan checkpoint yang korang kena lalui... Tapi yang paling mencabar team LUKAHASADAR adalah tiga checkpoint yang terakhir...
KENAPA??? KENAPA??? KENAPA???
Team LUKAHASADAR ni sebenarnya semuanya gayat tapi apa yang bestnya adalah moral support each other. Kalaulah masing-masing jual ikan (selfish) mungkin aktiviti flying lemur ni tak akan diingati oleh kami.. Checkpoint tiga yang terakhir, kami terpaksa lalui satu jaring, yang space sangat-sangat kecil, betul-betul satu tapak kaki je yang boleh masuk (tak boleh jalan macam normal walking memang kena pandai balancekan badan)... Bukan itu je, jaring tu boleh tahan jauh juga.. Kalau nak estimatekan mungkin dalam 100 meter... APA??? dekat je???Jangan wei, dari bawah memang nampak dekat tapi kalau kat atas tu, dengan takutnya lagi, 100 meter rasa macam 1 km je... Dahlah jaring kecil, kena lalui sepanjang 100 meter, tingginya plak.. Ya Allah... Tak tahulah nak describe macam mana.. Tingginya macam gambar bawah ni lah.. Tengok, renungkan dan fkirkan sendirilah...
Selepas lalui jaring, kena seberang plak jauhnya lebih kurang 100 meter juga... Memanglah konsepnya lompat dan enjoy.. Masalahnya ketinggiannya yang buat team LUKAHASADAR macam 'ERGHHH!!!!'... Sepanjang masa berflying lemur, masing-masing terdiam sekejap dan banyak berdoa dalam diri masing-masing.. Memang takut dan macam-macam yang bermain dalam fikiran setiap orang... Tapi apa pun, team LUKAHASADAR tetap fikirkan benda yang positif dan berpegang pada satu prinsip.. BUAT SAMPAI HABIS... Alhamdulillah, dengan izin-Nya, kami berjaya selesaikan kesemua checkpoint walaupun masing-masing ada sejarah yang tercipta semasa berflying lemur..
![]() |
Ketinggian flying lemur selepas jaring... |
Jom summarizekan history team LUKAHASADAR semasa berflying lemur:
LUKAHASADAR:
Luis (Lu)
- Seorang yang gayat tetapi terpaksa lalui sebab team berpegang pada prinsip, 'SAYA BOLEH & SEMUA KENA CUBA'
- Sebelum ke checkpoint kedua, sempat lagi kentut
Kaka (Ka)
- Diam je sepanjang berflying lemur. Tak dengar satu suara pun dari Kaka
- Yang bestnya, semasa checkpoint tiga terakhir, sempat lagi suruh budak belakang tolak dia sebab katanya tak tau bila nak lompat
- Dah selesai semua aktiviti baru tahu kes ni.. Hahahahaha.... KAKA you are so so cute...
Harith (Ha)
- Ketua di flying lemur (bagi instruction di setiap checkpoint)
- Kena sound oleh Sabrina sebab boleh plak merokok di tengah-tengah orang sedang stress (katanya untuk berfikir)
Sabrina (Sa)
- Nak sangat berflying lemur, terus ke high point
- Break rekod hidup.. Tak pernah buat kerja gila macam ni
Darul (Dar)
- Dar sama macam Sabrina juga.. First time berflying lemur
- Tersangkut di checkpoint ketiga.. Sorry Dar, Sabrina dengan Harith tak bagi apa-apa isyarat pun kat Dar..
- Alkisahnya, Dar dah sampai di checkpoint ketiga tapi Dar tak sempat nak catch net yang ada.. Dan kami pun tak sempat nak hulur tangan kat Dar... At the end, Dar terstuck di suku tali.. Instructor plak kena jerit dulu baru nak datang.. Datang plak, marah-marah, tak bagi proper explanation... Kesian Dar.. Hampir putus asa orang di buatnya tapi Dar strong girl lah.. Still proceed sampai habis... Tahniah Dar.. This is your history of life ok.. Simpankan sebagai polaroid....
Tips sebelum ke Escape Park: Flying Lemur:-
1) Safety kena complete
2) Before ke checkpoint, bagi yang first time tu, tanyalah apa yang nak di tanya kat conductor atau orang yang dah selesai semua checkpoint.. Bukan apa, untuk cari level of confident..
3) Yakin pada diri sendiri, untuk team plak, support each other
4) Buat sampai habis
*Sabrina suggest korang perlu try sebab aktiviti ni walaupun agak ngeri bila baca experince kami, tapi team LUKAHASADAR sangat-sangat enjoy dengan flying lemur ni sebab masing-masing dah breakkan life record kami... Ada yang first time, ada yang gayat tapi Alhamdulillah semua enjoy.. Lepas je selesai join aktiviti ni, korang akan rasa satu kepuasan yang lahir dalam diri korang... Hilang semua stress yang ada...
-SR-
T ksh sharw cerita flying fox...jazakillahukhaira
ReplyDelete