Assalammualaikum semua pembaca entry....
Apa yang korang semua akan buat kalau terlibat dalam kemalangan jalan raya??? Maksud Sa kemalangan yang kecil-kecilan??? Report polis??? Claim insurance??? Settle sesama sendiri??? Ok blurrrrr.....
Pagi Isnin hujung January 2018, Sa terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang ringan... Ringanlah bagi Sa sebab diri sendiri dan pihak terlibat tak ada kecederaan pada diri cuma cedera kepada kereta masing-masing....
Alkisahnya berlaku apabila Sa yang dari lane kanan, nak berpindah ke lane kiri... Tiba-tiba kereta dari arah kiri langgar sisi kereta Sa walaupun signal dah diberi... Selepas incident tu berlaku, Sa dan kereta yang terlibat parking kereta masing-masing di tepi jalan untuk berbincang tentang ganti rugi kereta masing-masing.. Mula tu Sa agak blurrr dan tak tahu nak selesaikan macam mana... Tak pernah terjadi kepada Sa sebelum ni... Ye lah siapa yang nak kan benda buruk berlaku kepada diri kita kan???
Perkara pertama yang Sa buat pagi tu adalah:
1. Telefon Mummy Sa untuk minta tolong Sa datang ke tempat kejadian
2. Telefon officemate untuk update pasal apa yang terjadi kepada Sa
3. Update group Whatsapp officemate Sa untuk bagi tahu dorang tentang keadaan Sa
Tak lama tu, officemate Sa pun telefon Sa untuk tanya nama insurance Sa... Dorang nak tolong Sa untuk telefon orang insurance untuk towing kereta Sa... Tak lama tu, Diana dan Cik Izz datang bantu Sa untuk selesaikan masalah Sa.... Dan Sa pun follow je lah mana yang terbaik untuk settlekan masalah ni...
Procedure claim insurance:-
1. Sa buat laporan polis trafik IPD di PJ...
*Untuk kemalangan jalan raya, disarankan buat report di mana-mana trafik IPD
*Isi satu borang mengenai kemalangan yang terjadi... Antara info yang diperlukan adalah, nombor kenderaan kita dan si mangsa, jenis kenderaan kita dan si mangsa, waktu kejadian, tempat kejadian (kalau tak pasti, korang kena google dulu)
*Sebelum report dikeluarkan, korang akan disoal siasat oleh Sarjan yang bertugas... Semasa disoal siasat, saman polis akan dikeluarkan andai kata korang didapati bersalah... Berapa tu saman polis??? Dalm RM150-RM300 jugak lah kot...
*Bila dah selesai, korang dikehendaki mengambil report tertentu untuk claiming
2. Telefon agen insurance... Kalau nak selesaikan tanpa menggunakan khidmat insurance pun boleh juga... Tapi kena ingat, ganti rugi harus ditanggung oleh pihak yang bersalah...
*Kepada yang nak claim insurance, korang kena tahu centre mana yang boleh buat claiming sebab tak semua centre akan terima konsep repair dan claim insurance... Kalau nak hantar ke bengkel, disarankan korang kena cek dulu dengan wakil insurance di mana panel bengkel untuk insurance korang... Bukan apa ni untuk memudahkan procedure claiming.. Kalau tak, mungkin ambil masa yang panjang untuk kereta korang siap....
3. Bila dah selesai buat report polis dan minta advice daripada pihak insurance, kereta korang kenalah hantar ke centre atau bengkel yang dipilih... Antara dokumen yang korang kena sediakan adalah IC, lesen memandu, geran kereta, polisi insurance dan report polis... Bila dokumen semua lengkap, barulah pihak centre atau bengkel akan repair kereta korang.. Tapi akan ambil masa yang lama sebab dorang kena tunggu apporval daripada pihak insurance dan juga kita sendiri...
Ok kalau tadi kita bercerita pasal claim procedure untuk kenderaan kita, macam mana dengan mangsa yang terlibat???
Kebiasaannya, si mangsa memang akan tanya kita macam mana kita nak selesaikan ganti rugi kereta dorang plak...Macam kes Sa, si mangsa whatsapp Sa untuk tahu update... Kalau korang plan nak bayar ganti rugi melalui cash, korang boleh direct deal dengan si mangsa.. Tapi kalau plan nak buat ganti rugi melalui claim insurance, procedure dia still sama, buat report polis dulu... TETAPI, si mangsa juga kena refer kepada wakil insurance dia terlebih dahulu... Macam mana???
Procedure si mangsa:-
1. Report polis kena buat seperti kita juga
2. Refer dan claim damage daripada wakil insurance sendiri terlebih dahulu
3. Selepas dah selesai repair kereta, pihak insurance akan hantar dan buat claim kepada pihak insurance kita (senang cerita macam Sa lah sebab menurut undang-undang dan polis, Sa yang bersalah)
Barulah Sa tahu the actual procedure untuk claim insurance.. Selama ni dengar je orang cakap claim claim claim.. Tapi di sebalik perkataan 'Claim' tu, tersoroknya procedure yang tertentu...
Bercerita pasal duration kereta untuk siap, bergantung kepada kondisi kenderaan korang... Kalau tak teruk sangat mungkin boleh siap kurang dari sebulan tapi kalau teruk, memang lebih dari sebulanlah..
Oklah semoga apa yang Sa share ni, boleh bagi sedikit info kepada korang.. Mungkin ada yang tahu, mungkin juga ada yang tak tahu... Kepada yang tak tahu, entry ni mungkin bagi manfaat yang berguna untuk korang tapi untuk yang dah tahu, semoga entry ini dapat 'sharp'kan pengetahuan korang....
-SR-
No comments:
Post a Comment