Untuk simposium tahun ini, saya yang kena mengambil alih kerja yang pernah Kak Jiha dan Lee Yong Keong pernah lakukan dulu... Pernah sekali tu saya agak tertekan kerana bilangan pemain gamelan masa tu kurang dan tak mencukupi.. Memang tak ada jalan penyelesaian pada hari itu... Satu pertemuan antara majlis tertinggi Citra Seni telah dilakukan untuk melantik Ahli Jawatankuasa yang baru untuk Kelab Citra Seni... Saya berasa agak bertuah kerana boleh mempromosikan acara gamelan tersebut pada kelab... Sambutan yang agak memberangsangkan apabila saya memberitahu secara terperinci mengenai acara tersebut.. Ramai yang menunjukkan minat mereka untuk memcuba dan mereka akan usahakan untuk datang ke Wisma untuk sesi pemilihan.... Saya berasa amat sedih kerana saya tidak dapat mempertahankan jawatan saya sebagai Biro Gamelan kerana Abang Hadi memberi jawatan Bendahari kepada saya... Tapi bila difikirkan kembali, walaupun saya tidak memegang jawatan Biro Gamelan lagi, saya masih boleh memberi khidmat kepada gamelan...
Malam sesi pemilihan agak memberangsangkan kerana USK (area Gamelan) penuh... Saya agak sukar untuk membuat pemilihan pada malam tersebut... Mulanya saya agak gementar ketika hendak memulakan pengumuman untuk memperkenalkan diri, Biro yang baru, acara yang akan dikendalikan, faedah menyertai, butircsecara terperinci mengenai latihan dan sebagainya... Ini merupakan pertama kali saya berdiri di hadapan untuk mengetuai kumpulan ini...Semasa sesi pemilihan dilakukan, saya dibantu oleh Carmen, Nadia dan Ika... Mulanya agak pening dan sukar kerana takut jika mereka tidak dapat memberikan 100% komitmen mereka terhadap latihan... Saya pernah cakap kepada mereka mengenai kelonggaran saya kepada mereka... Mereka akan diberikan pengecualian untuk latihan jika mempunyai kuiz, mid term dan kelas sahaja kecuali ada sebab yang tertentu untuk membatalkan latihan yang akan dilakukan pada setiap Isnin hingga Khamis jam 8 malam sehingga 10 malam..
Setakat dua bulan sesi latihan dilakukan, Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar dan mereka berjaya memberikan komitmen mereka sepenuhnya... Cuma saya terkilan dengan dua orang yang tak pernah datang untuk sesi latihan dan mereka langsung tidak memberikan komitmen yang positif seperti yang lain... Sebelum sesi latihan dimulakan, saya pernah memaklumkan kepada semua 'Jika tidak dapat memberi komitmen yang positif, maklumkan kepada saya secepat yang mungkin kerana saya hendak menghantar nama kepada protokol Simposium untuk mencetakkan sijil'.... Saya dapat tahu daripada Nadia dan Ika bahawa mereka tidak pernah datang untuk sesi latihan.... Saya berasa amat lega kerana sebelum ini saya pernah membincangkan isu ini kepada Carmen bahawa saya risau jika ada di kalangan mereka yang gagal untuk menghadirkan diri kemudian... Sebelum perkara ini berlaku, saya sudah pun memaklumkan kepada Bella bahawa saya 'booking' dia dan Iqa sebagai pengganti jika ada di antara mereka yang gagal untuk memberi komitmen... Semasa membuat keputusan untuk memaklumkan kepada dua orang tersebut, agak sukar untuk saya menyusun ayat agar boleh bertutur dengan sopan dan baik... Jika boleh saya tidak mahu bertutur dalam nada yang kurang sopan .... Salah seorang daripada mereka memberitahu bahawa dia hendak 'tarik diri' di sebabkan dia memang tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kerana dia mempunyai kerja yang banyak manakala seorang lagi merayu hendak join untuk simposium tetapi saya menggugurkan dia kerana dia sudah banyak ketinggalan untuk sesi latihan.... Agak sukar dan serba salah apabila berhubung dengan dia kerana dia mempunyai keinginan untuk main gamelan..
Dengan itu, Bella dan Iqa mengganti tempat mereka... Agak senang untuk ajar Bella dan Iqa kerana mereka mempunyai basic untuk bermain gamelan berbanding yang lain cuma mereka tidak di pilih semasa sesi pemilihan disebabkan mereka tidak dapat menghadirkan diri pada malam tersebut... Sepanjang sesi latihan, bermacam halangan yang kami harus lalui seperti setengah orang mempunyai Mid term, discussion, kelas, kelas ganti, kuiz, meeting.... Dalam dua bulan, kami cuma dapat memfasihkan lima lagu sahaja untuk Simposium.... Lindungan untuk pembukaan, Timang burung, Topeng, Togok dan Antawarda sebagai lagu sampingan... Biro protokol, Kak Farah, Abg Adib dan Abg Zai datang pada satu malam untuk melihat kami berlatih... Agak gementar kerana tidak pernah serius ini orang simpo terhadap budak gamelan dan ini merupakan pertama kali mereka mengambil perhatian berbanding senior yang dulu... Mereka sarankan untuk menyediakan dalam lima lagu untuk simposium nanti...
Baju dan barang sudah ditempah... Yang tinggal cuma hari Simpo dan mengangkat barang sahaja... Saya berasa agak terkejut kerana baju dipakai oleh usher... Apabila saya bertanya kepada Kak Pikot, mereka mengatakan bahawa mereka akan memakai baju tersebut pada hari Simpo... Saya berasa agak terperanjat dan risau... Saya risau jika USK tidak mempunyai baju yang cukup untuk kami... Pada keesokkan harinya, saya berjumpa dengan Adib untuk selesaikan isu baju... Agak pening kerana mereka tetap mempertahankan baju tersebut... pada malamnya, semua mencuba baju dan pada malam itu juga, kami membuat keputusan bahawa kami memilih warna merah jambu dan hitam seperti yang dicadangkan oleh mereka,.... Ada di kalangan kami memakai baju sendiri kerana USK tidak mempunyai bilangan baju yang cukup....
No comments:
Post a Comment