Friday, November 11, 2011
Perkara Yang Mengejutkan..
Seseorang yang mempunyai ego yang sangat tinggi tidak akan mengambil balik apa yang telah dibuangnya... Satu-satunya perkara yang membuat saya, Carmen dan Hani terperanjat adalah apabila dia berjabat tangan dengan kami bertiga dan mengucapkan 'SELAMAT MAJU JAYA' untuk menjawab peperiksaan Malaysian Taxation 1... Sebelum itu, dia ada menghantar mesej Hari Raya Haji kepada saya dan Hani dan mengatakan hasratnya untuk berbaik semula... Saya berasa agak terkejut dan tidak percaya apabila menerima mesej sebegitu daripada dia... Kalau ikutkan, memang saya mempunyai niat untuk berbaik dengan dia sebab tak mahu berbuat musuh dengan sesiapa sahaja tapi apabila fikirkan balik tentang egonya, ia membuatkan saya membatalkan niat saya... Saya tak kisah kalau awak nak berbaik semula tapi rapat seperti dulu agak susah untuk saya menerimanya semula kerana saya sayang dia dahulu tetapi disebabkan salah faham sikit dan dia pun berubah, ia membuatkan saya berasa amat sedih... Tapi saya berasa lega sebab kami sudah berbaik seperti biasa walaupun tidak serapat dulu.. Sekurang-kurangnya kami tidaklah bermusuh lagi dan kami tidak lakukan seperti apa yang NUR AININA telah lakukan pada kami... Memaafkan orang dengan hati yang tidak ikhlas dan seorang yang hipokrit... Tapi tak mengapa, bak kata Hani, apa pun, dia yang akan berdosa kerana tidak memaafkan kami asalkan tugas kami selesai untuk minta maaf dengannya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment