Monday, December 5, 2011

Rehearsal

Rehearsal adalah satu perkara yang memenatkan untuk semua kerana masa inilah kami akan bermain sebaik yang mungkin... Kali ini rehearsal tidak seperti tahun yang dahulu... Jika dahulu, dua hari digunakan sebaik mungkin untuk rehearsal tetapi kali ini tidak kerana, saya mempunyai Mid term akaun pada malam Khamis tersebut... Selepas selesai Mid term, saya bergegas ke Auditorium untuk rehearsal begitu juga dengan pada hari Jumaat (kuiz Tax)... Selepas kuiz Tax, saya agak pening dengan flow mereka... Mereka terus memulakan rehearsal sebaik sahaja saya tiba di Auditorium sedangkan Kak Mira belum menjelaskan flow acara tersebut... Pada mulanya saya tidak berapa faham dengan penjelasan Kak Mira... Tapi setelah berlatih banyak kali, akhirnya saya faham dan memilih lagu yang bersesuaian untuk acara tersebut... Jika dahulu, Gamelan akan bermain sewaktu 'Refreshment' tetapi tidak pada kali ini... Gamelan hanya main semasa pembukaan, mengiringi penceramah dan VIP ke atas dan turun pentas serta ketika acara menyampaikan cenderamata kepada penceramah... Pada mulanya bercadang bahawa hanya saya seorang sahaja yang akan main sepanjang acara berlangsung ( lagu yang ringkas sahaja) kecuali pembukaan dan penyampaian cenderamata pada slot pagi.... Tetapi saya mencadangkan agar semua sertai sewaktu sesi menyampaikan cenderamata kepada penceramah selepas selesai mereka berucap untuk topik mereka kerana jika saya mengiringi mereka seorang, sudah tentu simpo tersebut akan menjadi boring... Oleh itu, lagu Lindungan untuk acara pembukaan, Togok untuk slot pagi (penyampaian cenderamata), Topeng (penceramah pertama), Timang burung ( penceramah kedua) dan Antawarda ( penceramah ketiga).... Pada mulanya, rehearsal kami berjalan dengan lancar bersesuaian dengan apa yang dirancangkan.... Pada malamnya, Abg Zai agak berpuas hati dengan rehearsal yang dilakukan dan dia berharap sangat kami boleh buat yang terbaik pada hari tersebut...

No comments:

Post a Comment