

Hari yang dinantikan oleh kami adalah 3 Disember 2011 pada hari Sabtu jam 9 pagi sehingga 5 petang... Oleh kerana kami akan memberi sumbangan dalam bentuk tenaga semasa Simposium tersebut, kami dikehendaki berkumpul di Auditorium pada jam 7.30 pagi kerana sarapan disediakan sebelum acara bermula... Sebelum menantikan VIP sampai, saya berasa amat gementar dan tangan saya sudah mulai sejuk kerana saya yang akan memulakan segalanya.. Jika saya melakukan kesalahan, semua akan melakukan kesalahan juga kerana apa yang akan terjadi, mereka semua akan merujuk kepada saya....Secara keseluruhannya, saya mengaku bahawa saya ada buat sedikit kesalahn tapi saya nersyukur sangat kerana yang lain cekap untuk menutupi kesalahan yang saya lakukan serta yang lain... Mereka memahami konsep 'cover kesalahan antara satu sama lain'... Saya amat berpuas hati kerana mereka tidak perlu untuk menunggu arahan saya untuk 'berhenti' dalam setiap slot.... Saya berasa amat gembira dengan mereka kerana Abg Zai dan Kak Mira memberi pujian kepada semua yang terlibat... Saya rasa amat berpuas hati bekerjasama dengan pihak simpo kali ini serta kumpulan gamelan saya pada kali ini...
Ini satu perkara yang paling bermakna dalam hidup saya kerana ini merupakan kali pertama saya mengendalikan (menjadi ketua) untuk acara agak besar dalam Department Account iaitu Simposium.... Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar dan tidak nampak sedikit cacat cela... Terima kasih semua...
No comments:
Post a Comment