Friday, November 11, 2011

Villa Hotel, Segamat


Tajuk untuk tiga teratas blog saya semuanya bertajukkan nama tempat... Tapi kali ni lain sikit... Kalau Pulau Manukan, Hat Yai dengan Singapore bercerita tentang percutian tapi kali ini, saya bercerita tentang masalah yang saya hadapi di tempat yang bernama Villa Hotel di Segamat...
Mummy bercadang untuk transit di Segamat untuk jumpa Abg Cece dan isterinya... Selain tu, dapat jugak tengok anak dia... Umur lima bulan baru dapat jumpa... Lama dah janji nak datang tapi tak dapat sebab mummy sibuk... Sementara tunggu Abg Cece sampai di hotel, saya online Facebook guna I-Pad... Bila seronok-seronok online, tiba-tiba Kak Memek bagi inbox, cakap yang Nga Nga sakit dan semua orang berkumpul di SMC ( Sabah Medical Centre)... Mula-mula, cadang tak nak bagi tahu mummy (jahat kan??)... Tapi bila di fikirkan balik, tak baik tak sampaikan pesanan daripada orang kat mummy... Sebenarnya, bukannya saya ada niat yang buruk atau jahat tapi bila di fikirkan, dulu masa Adik sakit, tak ada orang pun pedulikan kami di HUKM ( Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia ) dengan UMSC ( Universiti Malay Specialist Centre )... Berpuasa di sana, bermalam di sana, beraya di sana, susah dan senang di sana tak ada siapa pun yang pedulikan kami... Hanya antara keluarga kami yang tanggung termasuk Kak Nas... Kalau orang fikir, mesti orang akan cakap yang saya ni pendendam orangnya tapi biar saya dan keluarga saya saja yang tahu apa yang tersirat di hati dan fikiran kami... Rasa sedih dan pilu... Pernah mummy telefon di bahagian Sabah tapi apa yang dorang mampu buat??
Tapi bila giliran dorang, mummy akan menyibukkan diri.... Bila kewangan, mereka akan cari mummy dan Bongsu... Ada setengah mak cik saya tak mampu nak memberi di sebabkan tak ada pekerjaan.... Tapi yang paling saya tak puas hati adalah bahagian Nga Nga saya... Bukan nak cakap apa, mungkin saya tak rapat kot dengan keluarga itu tapi terus terang, saya tak suka cara mereka sebab itu saya tak boleh ngam dengan dia... Tapi rasa sedih jugak sebab sakit yang dia alami...
Lepas dapat tahu, mummy terus telefon Kak Memek dan tanya khabar Nga Nga... Mummy bercadang nak balik ke Sabah dengan MR. H dan Adik Farah... Bila daddy nak klik tiket, tiba-tiba MR. H cakap yang dia nak balik Raub... Saya rasa sangat marah dan sedih masa tu sebab dia tak bincang pun dengan saya yang dia nak balik Raub... Saya rasa yang dia mula mengetepikan saya sebab sebelum ni, apa pun keputusan, kami cadangkan sama-sama tapi kenapa kali ni tak... Alasannya, dia tengok saya penat dan bercadang nak bagi tahu pada esok harinya... Saya rasa sangat kecewa dengan dia dan saya tak layan dia... Mummy pun turut rasakan apa yang saya rasakan... Mummy kecil hati dengan dia sebab saat dia perlukan, dia pulak nak balik kampung... Pada malam tu, mummy menangis dan bagi tahu MR. H tentang apa yang mummy tidak puas hati dan mummy ada memberitahu dia yang mummy tak nak pedulikan dia lagi dan mummy tidak akan jadi seperti biasa... MR. H menangis dan meminta maaf pada mummy atas kesilapan dia dari malam kejadian hinggalah keesokkan hari nya....
Selepas itu, MR. H pulak meminta maaf kepada saya di sebabkan dia tidak berbincang terlebih dahulu dengan saya... Mulanya saya rasa sukar sebab saya masih marahkan dia sampai saya hendak putuskan hubungan dengan dia tapi dia tak nak... Bila dia dalam perjalanan balik ke KL, saya berfikir tentang hubungan kami... Tiba-tiba mummy cakap yang daddy nak balik ke Muadzam sebab jalan sangat sesak di Kuala Pilah... Disebabkan penat, daddy tak mampu nak teruskan perjalanan.... Mungkin ada hikmah kenapa mereka kembali ke Muadzam...Antaranya, masalah kami selesai dan saya pun memaafkan dia...

I'M SORRY MR. H...

No comments:

Post a Comment