Singapore adalah trip holiday yang terakhir kalau ikutkan perancangan mummy... Orang balik kampung untuk berhari raya haji tapi kami di Singapore.. Mula-mula rancang nak naik bas (tapi mahal dan tak memuaskan sebab sekejap je masa pergi.. Cuti pun tak lama dan Rabu nya tu dah ada mid term)... Lepas tu nak naik bas (bila mummy fikirkan balik, rasa tak berbaloi sebab dua hari je pergi)...Seterusnya, nak naik kereta api (KTM), (tapi macam kelam kabut pulak sebab kalau saya balik, saya akan sampai kat Putra dalam jam 10 malam sedangkan KTM akan berangkat jam 11 malam)... Tapi hari Jumaat tu pulak ada exam, habis jam 5 petang.. Mana ada bas nak balik KL daa... Bas terakhir pun jam 4.45 petang... Last-last, mummy plan ambil saya di Muadzam (lepas habis mid term OB), dan transit di JB... Selepas singgah makan semua, terus berangkat ke JB... Sampai di JB dalam jam 10.30 malam... Rehat kejap di hotel selepas cek in... Lepas rehat kejap, mummy bawa pergi KFC, tak laa jauh dari hotel, tak sampai 5 minit pun... Baru teringin nak makan spicy tapi tak ada pulak... Katanya, sekarang KFC daa tak ada spicy yang ada tom yum... Boleh laa tu.. Sekurang-kurangnya ada laa jugak rasa macam spicy sikit.. Yang frustnya, ayam kecil-kecil... Sedih nya laa... Esok pagi tu nak pergi Singapore, mummy pulak tak nak bawa Farah pergi Singapore... Satu cara supaya Farah tak pergi adalah, bangun awal pagi lepas tu chaw...
Esok pagi tu, dalam jam 8 pagi, mummy kejutkan saya dengan MR.H... Mummy suruh bersiap cepat sebelum Adik Farah bangun.... Perjalanan pergi ke Singapore di caj $45... Kalau di convert ke duit RM, dalam RM 100 lebih, naik teksi yang di pandu oleh Singaporean... Kami di hantar sampai di Universal Studio.. Mula-mula mummy cakap tangkap gambar je di luar studio ( globe warna biru yang besar ), tapi rasa macam tak best laa kalau tak masuk... Walaupun dah masuk studio tu, tapi rasa hati masih nak masuk lagi sebab seronok sangat jalan-jalan dalam studio tu seolah-olah berada di overseas... Last-last, mummy tanya, 'Nak masuk tak?'... Saya pun terus cakap, 'Mestilah nak...'... Last-last mummy pun suruh beratur dan beli tiket...
Masa dalam studio tu, benda atau perkara yang utama saya lakukan adalah bergambar... Sepanjang dalam studio tu memang kerja bergambar je sampai MR. H cakap, 'Tak kan nak bergambar je? Rugi laa kalau tak main-main sebab tiket mahal'.... Rupa-rupanya, MR. H ni tak minat bergambar.... Patut laa bila bergambar, pose pun asyik menegak je macam kayu rupa-rupanya tak pandai nak berposing...
Dia ajak saya main roller coaster.. Masalahnya, saya ni gayat dan lemah sikit... Geram dengan dia, saya pun setuju nak main/naik roller coaster tu sebab balik-balik pujuk nak naik... Untuk zipkan mulut dia, naik je laa... Tapi nasib baiklah yang dia ajak tu tak adalah sebahaya atau secemas macam yang dia naik tu.. Tak ingat nama dia tapi macam STAR___ (tak ingat)... Ingatkan dia berani sebab bersemangat betul dia nak naik rupa-rupanya tahu jugak dia rasa cemas.. Hahahah... Masa cepat betul berlalu... Cuaca pun makin panas dan kaki pun makin penat... Mummy pun ajak keluar sebab nak pergi ke Little India... Dalam masa sehari di Singapore tu, cuma dapat pergi Universal Studio dengan Little India je sebab masa banyak di pakai di Studio dan sebenarnya sehari tak cukup nak pergi Singapore tapi nak buat macam mana sebab Adik Farah tak ikut... Kalau Adik Farah ikut, memang brmalam di Singapore... Pergi ke Little India, mummy beli souvenir untuk mak MR. H... Lepas cari souvenir, kami pun makan di area LI.... Mummy tak berani nak singgah OG sebab kalau singgah mesti saya nak shopping... Saya pulak tak nak singgah sebab duit tak ada, rasa tak seronok kalau nak pergi OG... Lepas selesai makan, kami pun pergi ke terminal untuk balik ke JB.... Sehari pun dah terasa penat sebab banyak berjalan... Tapi, yang seronoknya dapat masuk Studio.. Puas laa jugak kali ni pergi Singapore... Hehehe.. Harap MR.H enjoy....
No comments:
Post a Comment