Hai semua.. Apa khabar?? Harap-harap sihat sahaja... Okaylah, kali ni Sabrina nak update pasal Akademi Fantasia 2015 (AF2015)... Siapa yang tak follow untuk musim ini sangat rugi kerana kesemua peserta yang bertanding mempunyai bakat yang tersendiri... Sejak AF stop, Sabrina tak follow sangat untuk AF 2013 dan AF 2014... Kalau tengok pun mungkin ada yang skip... Tetapi tidak untuk AF2015... Sebelum AF 2015 mula, rasanya semua pernah tahu bahawa radio nombor satu di Malaysia iaitu Era Muzik Hits Terbaik ada mengadakan satu pertandingan nyanyian iaitu Suera dan juaranya adalah pilihan juri professional iaitu Pak Nil, Edrie Hashim dan Cikgu Shahrul... Pemenangnya adalah Syamel Aqmal ataupun Syamel.. Pilihan juri tu.. Wow..
AF2015 dimulakan dengan Konsert Penentuan di mana pihak produksi hanya akan memilih 12 orang daripada 16 orang calon pelajar... Sabrina tertarik dengan suara dan cara nyanyian peserta kedua semasa konsert penentuan iaitu Syamel.. Sabrina kenal nama Syamel kerana dia adalah juara Suera tapi tak pernah dengar dan tonton youtube Era FM semasa Final Suera... Patutlah menang Suera.. Okay faham-fahamlah ya maksudnya tu...
Setiap minggu pelajar yang paling Sabrina nantikan adalah pelajar yang mempunyai suara emaslah.. Bukan tak minat pada pelajar yang lain.. Minat... Tapi biasalah.. Setiap orang ada pelajar favourite masing-masing... Walaupun Sabrina ni peminat Syamel, tapi still sokong pelajar yang lain.. Aura pelajar ini sangat berbeza daripada yang lain...Setiap minggu, berlainan lagu, konsep, rentak dan seumpama dengannya, persembahan yang di sampaikan melekat di fikiran Sabrina.. Bak kata orang putih, 'cannot move on'... Kesan dia berhari-hari baru boleh sembuh.. Nak-nak lagi setiap konsert Sabrina rekod, habis kerja atau ada masa free, memang ulang berkali-kalilah part Syamel.. Sampaikan lagu yang Sabrina tak suka, jadi suka.. Penanganmu sungguh kuatlah... Itu tandanya Syamel berjaya mencuri hati para pendengar... Sabrina yakin bukan Sabrina sahaja tapi kesemua yang meminati Syamel pun akan rasa apa yang Sabrina rasa...
Bila dapat tahu tiket untuk Semi-final dan Final dah mula di jual, tanpa berlengah dan dengan yakinnya Syamel akan beraksi di final, Sabrina terus beli tiket secara online untuk Konsert Final AF dua minggu sebelumnya.. Rasa tak puas kalau tengok di TV dan Sabrina nak bagi sokongan secara langsung kepada Syamel dan kesemua peserta yang bertanding... Memang berbaloi sangat tiket yang Sabrina beli... Dari lagu pertama sehingga lagu kedua, Syamel tak pernah kecewakan Sabrina dan juga peminat yang telah menyokongnya dari Konsert Penentuan sehinggalah final... Untuk lagu pertama, hasil ciptaan sepenuhnya oleh Syamel iaitu Hidup Dalam Mati, wah, sangat berbeza bila kita dengar secara live dan juga audio... Dengan prop yang cantik, lirik yang indah, cara penyampaian yang sungguh umph dan suara yang sedap di dengar, tak payah banyak bergerak, cukup berdiri di satu sudut je, rasa sangat dekat lagu tu... Begitu juga dengan lagu kedua, lagu favorite saya iaitu Sampai Mati, nyanyian asal Hazama... Wow Syamel, Sabrina menangis sebaik sahaja lagu Sampai Mati tu habis.. Rasa sedih sebab AF dah nak habis dan mesti susah lepas ni nak dengar Syamel nyanyi live... Haish sadis betullah... Sabrina sangat suka dengan perwatakan Syamel yang tak lekang dengan senyuman semasa keputusan diumumkan... Yang paling kelakarnya, Syamel ingatkan dia dapat nombor 4.. Disebabkan nama Syamel dan Sharul hampir sama, berlaku sedikit kekeliruan semasa pengacara mengumumkan tempat keempat.. Sebelum Zizan dan Faizal Ismail umumkan juara AF 2015, satu MBSA bersorak nama Syamel sebagai pilihan juara mereka... Tapi agak kecewa kerana Syamel hanya Naib Juara untuk AF 2015... Tapi tak mengapa, Syamel tetap juara di hati peminat..
Perjalanan baru sahaja bermula, semoga Syamel terus sukses di masa hadapan.. Dua video Sabrina tonton iaitu semasa di umumkan sebagai Juara Suera dan ucapan untuk peminat semasa di umumkan sebagai Naib Juara AF 2015, kedua-dua video tersebut, Syamel ada cakap yang Syamel akan mencari masa yang sesuai untuk menyambung pelajaran yang tertunda di sebabkan menerima tawaran AF 2015.. Sejujurnya Sabrina bangga dengan pendirian Syamel.. Sabrina sokong Syamel infinity percent bukan setakat kerjaya Syamel sebagai penyanyi tetapi juga sebagai bakal pelajar... Teruskan usaha untuk berjaya di masa hadapan, tingkatkan usaha, make us proud of you especially your family... Sabrina yakin, keluarga Syamel pasti bangga dengan Syamel.. Yes.. Sabrina dapat tengok umi, ayah, adik beradik Syamel, sepupu dan mak cik Syamel... Mereka juga sangat peramah dan tak sombong... Sangat senang dengan mereka... Baru seminggu kenal dah macam bertahun.. Di harapkan hubungan kita semua lebih rapat lagi di masa hadapan...
SAYA SOKONG SYAMEEL AQMAL....
Good luck...
-SR-
Bersambung....
No comments:
Post a Comment