Assalammualaikum semua...
Wah, lama betul tak update blog.. Nak dekat sebulan rasanya.. Rindu betul dengan blogging ni.. Macam-macam idea dah dalam otak ni cuma tak berkesempatan nak update.. Oklah kali ni nak update pasal 'The Amazing Kidz' yang bernama Azra atau nama penuhnya Airish Azra Surfina Binti Saiful Azhari... Aik?? Siapa Azra ni??? Kenal ke???
Kalau nak tahu, Azra ni peminat cilik Naib Juara AF 2015 iaitu Syamel... Baru berusia 4 tahun tapi tapi tapi, dah pandai hafal lirik lagu lebih-lebih lagi lagu Hidup Dalam Mati.. Sabrina pun ambil masa nak hafal lagu Syamel ni... Feel betul-betul baru leh hafal.. Azra, anak pasangan kepada Kak Zie dan Abang Saiful Azhari (kalau nak tahu, wajah abang Saiful ni macam Ahmad Dhani.. Kami keluarga FC bagi gelaran Ahmad Dhani klon) mempunyai bakat yang luar biasa... Bukan sahaja boleh menghafal lagu tetapi pandai juga membaca 'Doa', mendengar dan menghafaz Al-Quran... Wah baru berusia 4 tahun.. Sangat kagum bila Sabrina dapat tahu sedikit sebanyak pasal Adik Azra ni... Segan plak dengan budak kecil ni.. Rasa macam diri ni sangat kerdil... Tahniah Kak Zie dan Abang Ahmad Dhani kerana berjaya mendidik Azra menjadi seseorang.. Insyaallah Azra akan menjadi anak yang solehah di masa akan datang... Insyaallah.. Amin...
![]() |
Kak Zie, Ahmad Dhani (clone), Adik Azra, Adik Ariq dan Syamel semasa di e-curve |
Mula meminati lagu yang dinyanyikan oleh Syamel semasa Syamel masih lagi bergelar pelajar Akademi Fantasia 2015... Minggu ke minggu, Azra follow perkembangan Syamel dan lagu yang paling diminati olehnya adalah lagu berhantu iaitu Hidup Dalam Mati.. First time Sabrina jumpa Azra semasa sesi tonton Polis Evo bersama finalis AF 2015 yang berlangsung di E-Curve... Budak cilik ni datang bersama dengan keluarganya (ibu dan ayah tercinta serta abang yang tersayang iaitu adik Ariq)...Nampak sangat muka Azra sangat-sangat happy bila dapat jumpa Syamel face-to-face.. Semasa Syamel dan finalis yang lain masih dalam lounge untuk review komen Polis Evo, Azra dan Ariq perhati Syamel dari jauh sambil pegang pintu kaca.. Ada juga Sabrina dengar yang dua beradik ni perhati Syamel sampai ternganga mulut dorang... Hhahaha... Minat sungguh dorang ni kat Syamel... Sebelum Syamel di beri pelepasan untuk bertemu fans, Sabrina terdengar Azra menyanyi lagu Syamel dari mula sampailah habis lagu Hidup Dalam Mati... Pergh.,... Agak sentap di situ sebab baru 4 tahun kot... Sabrina dulu 4 tahun tahu lagu ABC je... Lepas je Syamel keluar, Azra didukung oleh Syamel.. Wah apa lagi, suka benar Azra.. Terus nyanyi lagu Hidup Dalam Mati.. Nampak Syamel rasa terharu dan nak nangis pun ada.. Jangan mengelat Mel, akak nampak... hahahaha...
![]() |
AF tour di Aeon Bukit Rimau.. |
Tak habis dengan itu, second time jumpa Azra ni di Aeon Bukit Rimau Shah Alam sempena AF Tour... Hurm time Syamel perform, Syamel tanya ada sesiapa ke nak berduet dengan dia di stage.. Admin pun bagi tahu Syamel yang adik Azra boleh nyanyi sama-sama di atas stage.. Wah sekali lagi di beri penghormatan... Radin (emcee untuk AF tour) dukung Azra untuk ke stage bersama Syamel.. Azra mesti suka sangat-sangat kat atas stage tu... Sebabnya, Syamel sarungkan jaket yang dipakainya kepada Azra... Siap pegang bahu Azra lagi... Time tu semua penonton tengok show Syamel dengan perasaan yang geram sebabnya Azra buat muka sedih sesuai dengan lirik lagu Hidup Dalam Mati... Tak cukup dengan tu, Azra nyanyi bersama-sama Syamel dari mula sehinggalah habis show dan dan dan sporting betul Azra ni, boleh nyanyi lagi bila Syamel hulurkan mic dekat dia...
![]() |
Adik Azra, Adik Ariq dan Eravengers... Posted by Radin Era FM.. |
Wah time tu, bukan setakat penonton yang terpukau tetapi Radin dan Eravengers pun terpukau... Di belakang stage, geng Era FM siap bergambar lagi dengan Azra dan dorang pos di Instagram... Azra sebenarnya dah popular di kalangan family Syamel Super FC.. Wah.. Tahniah adik sayang.. Semoga Azra sukses dalam apa sahaja yang diminatinya di masa hadapan... Insyaallah.. Amin... We love you Sayang Azra..
-SR-
No comments:
Post a Comment