
Kiri,kanan,hati-hati bila di
jalanan...
Wah!!! Lirik dan rentak lagu Evo
nyanyian Joe Flizzow dan Sonaone ni betul-betul mengundang Sabrina untuk tonton
filem Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak... Dengan trailer yang
superb, banyak scene tembak-menembak dan mensuspenkan memang Sabrina sukalah...
Hari Sabtu (19 September 2015),
dua hari selepas filem di tayangkan, Sabrina ajak adik dan mummy Sabrina untuk
tonton filem Polis Evo (PE)...Bagi Sabrina, kalau tak tonton filem aksi yang
gempak di pawagam sangat rugi.. Kenapa rugi??? Kalau kita tonton di pawagam,
sound system, sinematografi dan feel tu sangat lain kalau kita tonton di kaca
TV ataupun download...
Polis Evo adalah filem melayu
yang kedua Sabrina tonton di pawagam untuk tahun 2015... Okay, sebelum Sabrina
nak bagi review pasal Polis Evo ni, baik kita baca dulu sinopsis untuk filem
ni... Kalau tak, ada yang tak faham pulak apa yang Sabrina komen...
SINOPSIS:
Kisah Polis Evo
bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu
Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes
Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes
ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum
ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang
bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok
negeri kelahirannya itu.
Walau
bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai
seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan
Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu
membuatkan misi mereka hampir gagal.
Segalanya
berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor
Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu
belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka
melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor
Sani untuk menyelamatkan keluarganya?
Okay... Amacam???
Faham tak???
Bagi Sabrina
ini adalah filem aksi yang terbaik melayu selepas KL Gangster 1 & 2... Apa
yang Sabrina dapat katakan di sini, pengarah ataupun penulis skrip berjaya
menimbulkan seribu satu persoalan di fikiran para penonton... Di awal filem
Polis Evo, Sabrina berasa agak pelik mengapa seorang orang tua berada di peti
surat untuk mengirim surat, mengapa orang tua tersebut jahit poket jaketnya
dengan jahitan mati di sertakan dengan peta... Apa tu semua??? Betullah apa
yang pensyarah Sabrina katakan semasa kursus jangka pendek penulisan skrip...
Sebuah filem atau drama akan jadi lebih menarik jika pengarah atau penulis
skrip memulakan penceritaannya dengan seribu satu persoalan agar para penonton
akan mendapat jawapannya di pengakhiran ceritanya kelak... Selepas itu, filem
ini diperkenalkan dengan watak Zizan Razak dan ahli keluarganya diikuti dengan
watak seorang polis yang handal iaitu Inspektor Khai (lakonan Shaheizy Sam)
yang sedang menjalankan tugasnya untuk menangkap buruan polis... Setelah
berjaya menyelesaikan beberapa kes, Inspektor Khai di arahkan untuk menolong
kes bunuh yang melibatkan aktiviti syabu merah (secara tak langsung Inspektor
Khai di arahkan untuk menolong Inspektor Sani untuk menyelesaikan kes
tersebut)...
Apa yang membuatkan
Sabrina teruja adalah bagaimana kedua inspektor ini akan bersatu untuk
menyelesaikan kes yang di beri kerana mereka tidak bersependapat kerana
masing-masing ego... Inspektor Sani terlalu bangga dengan pencapaiannya
manakala Inspektor Khai sering bertindak di luar kawalan dirinya sendiri dan
Inspektor Sani sering mengkritik tindakannya... Sehingga terjadinya satu
insiden yang menyatukan mereka dan terbukti bahawa mereka memerlukan antara
satu sama lain... Nak tahu apakah insiden itu??? Kenalah tonton Polis Evo ye...
Bagi Sabrina,
lakonan Zizan Razak adalah sesuatu yang di luar jangkaan Sabrina dan juga para
penonton yang lain... Pada mulanya, watak Zizan adalah seorang yang tidak
pernah serius akan tugasnya dan kerja mengikut prosedur... Tetapi di pertengahan
cerita wataknya bertukar menjadi seorang yang serius... Mesti tak pernah tengok
macam mana rupa Zizan serius kan??? Apa sebab Zizan jadi serius dan macam mana
rupanya??? Jawapannya pun kenalah tengok Polis Evo... Hahahaha... Apa yang
Sabrina dapat conclude kat sini, lakonan Zizan memang mantap... Dari permulaan,
pertengahan dan penghabisan cerita... Sesuatu yang tak pernah terlintas di
fikiran apa yang Zizan boleh berikan dalam lakonannya.. Bagi Sabrina dia
berjaya membuktikan bahawa dia bukan sahaja seorang pelawak tetapi dia juga
seorang pelakon aksi yang hebat...
Untuk watak
Inspektor Khai lakonan Shaheizy Sam, siapa yang tak kenal Sam kan??? Memang tak
perlu dipertikaikan lagi lakonannya memang sentiasa konsisten dan kali ini
Sabrina rasa lakonannya agak berbeza dengan filemnya yang sebelum ini... Watak
yang diperolehnya kali ini seorang yang serius terhadap diri sendiri, kerjaya
dan ada sesuatu yang mengganggu fikirannya... Kalau sebelum ni lakonan Sam more
kepada aksi komedi tetapi tidak untuk Polis Evo... Gaya, stunt, cara berjalan
dan bercakap sangat-sangat berbeza... Tidak mustahil untuk tahun 2015, Sam
boleh merangkul sekali lagi Anugerah Bintang Paling Popular... Selama ini
Sabrina selalu mempertikaikan kenapa Sam??? Tetapi bila tonton PE, barulah
Sabrina dapat jawapannya... Sam memang seorang yang berkebolehan tinggi.. Bagi
apa sahaja watak, dia boleh lakukannya dengan baik... Sedih, terseksa, psiko
dan sebagainya, dia boleh lakukan dengan cemerlang...
Untuk filem
secara keseluruhan, tahniah kepada Ghaz Abu Bakar selaku pengarah... Banyak
filem arahan Ghaz, bagi Sabrina ini antara karya yang berjaya memberi kesan
yang mendalam kepada Sabrina... Kerjaya, persahabatan, keluarga dan berbakti
kepada negara... Semua dalam satu dapat kita lihat dalam filem ini...
Apa pun,
Sabrina memang bagi cadangan 100 PERATUS kepada semua untuk tonton filem ini...
Tak rugi wang ringgit, masa dan tenaga korang untuk tonton filem ini kerana
korang akan dapat kepuasan yang terkata selepas tonton filem ini... Sesuai untuk korang yang tengah stress kerja atau exam... 'Tereleaselah tension korang bila tonton filem ni'... Apa pun, Sabrina bagi 5 bintang untuk filem ni...
-SR-
No comments:
Post a Comment