Saturday, July 6, 2013

Tak Ada Lagi GAMELAN...

Kalau entri entri yang lepas, banyak jugak cerita pasal gamelan ni.. Ni sebab, saya ni pemuzik gamelan. Tak sangka hampir empat tahun di UNITEN, gamelan adalah salah satu kerja saya... Hobi dan minat yang baru. Mula mula rasa sangat boring tapi makin hari, gamelan dah jadi kawan dalam diri ni. Setiap semester, mesti ada event yang nakkan gamelan untuk perform. Banyak event yang besar dah saya handle. Ada yang event universiti dan event sesama student.. Baru baru ni, gamelan disuruh perform di hadapan student exchange untuk Kazakhstan. Rasa sangat seronok sebab dapat ajar dorang walaupun sekejap dan basic. Dorang pun sporting dan senang di ajar. Keinginan saya untuk lead PROSIS sebelum habis semester tak tercapai. Semuanya sebab salah faham masa program Kazakhstan tu. Nak jaga hati yang lain, niat pun terpaksa korbankan. Nak jaga hubungan dengan junior la katakan. Tak apalah. Ni semua tak penting. Yang paling utama saya fikirkan adalah FYP dan final semester ni. Gamelan banyak bagi saya pengalaman untuk berhadapan dengan orang dan bekerja dengan orang. Disebab itu juga, saya dapat kenal ramai kenalan selain involve dalam program.

Saya tak akan lupa pengalaman pertama saya masa sesi pemilihan untuk perform. Diajar oleh orang cina, kakak senior, dan sekarang saya yang menggantikan tempat dorang. Wah, terasa tua dah sebab saya dah di tahap dorang masa dulu. Tapi nanti, susah lah nak jumoa balik instrumen GAMELAN tu.. Saya akan merindui saat saat indah tu... 

No comments:

Post a Comment