Thursday, February 23, 2012
Lead Gamelan Lagi..
Untuk semester kali ini, jadual agak padat dan agak berserabut... Kerja banyak yang kena hantar, kuiz pun serentak dalam masa seminggu.. Memang pening semester kali ni... Di samping itu, Kak Long meletakkan saya sebagai Setiausaha untuk Program Speaker Corner di mana dia sebagai Pengarah Program untuk program tersebut... Pada malam ini, saya pergi ke USK untuk mendengar briefing yang disampaikan oleh Nadia... Pada 17 Mac 2012, akan ada satu program di Ilmiah iaitu program Lafest... Oleh itu, dia hendakkan khidmat gamelan untuk perform pada malam tersebut dalam slot perasmian, hiburan dan penutupan... Pada mulanay, saya enggan untuk terlibat kerana risau bercanggah dengan program Kak Long... Memang kalau difikirkan secara logik, tiada masalah tetapi masalahnya akan bercanggah dengan masa kelas, pelajaran dan masa untuk hadir latihan... Gamelan adalah sesuatu yang perlu dilatih seperti soalan Matematik.. Kurang latihan, hancur lah jawab nya... Agak sukar untuk saya lakukan keputusan semasa pengagihan instrumen kerana untuk bonang, hanya saya seorang yang boleh bermain dengan selesa selain Min... Dan Nadia harapkan saya untuk lead seperti Simpo yang lepas... Masalahnya, saya tak bersedia dari segi fizikal dan mental dan banyak benda dan masalah yang perlu di fikirkan... Apabila fikirkan balik bahawa gamelan tak ada pelapis untuk instrumen tersebut, saya terpaksa tarik diri daripada program Lafest tersebut sebagai AJK Makanan yang Izzatul Syuhadah tawarkan... Masa yang diperuntukkan hanya dua minggu... Flow seperti Simpo... Agak tertekan dengan situasi seperti ini... Tapi saya berharap semuanya akan berjalan seperti biasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment