Cuti Deepavali kali ini sangat menyeronokkan sebab dapat bercuti di kampung tercinta di Sabah.. Perasaan bercuti kali ni lain daripada yang lain sebab biasanya, bercuti dengan mummy dengan Farah saja.. Kali ni, sebelum pergi ke Sabah, mummy dengan Kak Lala dah atur untuk bercuti di pulau sebab awak nak bercuti di pulau..
Dah laa tidur lambat, tapi kena bangun dalam jam 6 pagi.. Tapi tak apa, dapat JOY!!! Bangun, cuci muka dan saya, Kak Lala, Fatin sediakan makanan untuk makan di pulau nanti... Macam macam bawa.. Kak Lala goreng hot dog dengan nugget, Fatin buat sandwich telur, saya buat sandwich sardin dan Pak Cik Hassan masak mi hoon dengan mee goreng.. Masa packing memang banyak betul brang nak di bawa pergi pulau tapi nasib baik ramai yang pergi.. Masa di jeti Jesselton Point, tak tahu nak cakap panasnya tapi bila lagi kan.. Tahan saja laa bukannya selalu nak pergi macam ni dan bukannya selalu nak pergi pulau.. Masa dalam bot, mula-mula tu rasa takut jugak sebab bot bergoyang dan rasa gayat sikit tapi lama-lama dah ok daa sebab tengok dorang semua macam relek je dan dorang pun cakap relek dan tenang.. 20 tahun umur saya, baru pertama kali saya tengok kecantikan semula jadi negeri Sabah... Laut yang luas, cantik, biru, sejuk mata memandang.. Pulau yang hijau, aman tengok.. Trip ke Pulau Manukan ambil masa lebih kurang 20 minit dari jeti Jesselton naik bot.. Sebelum berangkat, kami beli bola di jeti untuk main game di laut nanti.. Masa dalam perjalanan, ada sekali tu, angin kuat betul dan waktu tu banyak barang yang macam nak terbang... Awak cakap bola kena pegang sebab takut terbang, lepas beberapa saat, bola tu pun terus terbang.. Nak ambil balik tapi Abg Adam tak bagi.. Dia suruh teruskan perjalanan.. Sampai saja di pulau, satu saja boleh dicakap, pulau tu cantik tapi panas.. Sampai saja, mummy suruh orang bawa barang dan letak di satu tempat untuk kami lepak... Lepas daa selesai semua, kami pun terus selam di laut... Mana tak nya, tak mandi pagi.. Cuma cuci muka dan gosok gigi saja... Masa tu tak fikir apa lagi yang penting selam dalam air, panas pun panaslah...
Memang have fun laa kami di pulau masa tu.. Macam macam yang kami buat... Bergurau dalam laut, main bola, main beruk tangkap bola, yang paling seronok snap snap time!!!! Makanan ada bawa dari rumah... Kalau rasa letih dan lapar, memang ke meja terus laa jawapannya dengan baju yang basah... Dengan suasana dan keadaan yang seronok betul kami semua makan... Memang berseleralah masa tu... Boleh gathering dengan sepupu kesayanganku... Ada yang sanggup berjemur di bawah matahari, ada yang tidur, ada yang pergi jungle trekking... Macam macam aktiviti yang kami buat di sana... Jam 4.30 adalah bot terakhir dan kami pun balik selepas selesai bersihkan badan, berpakaian baru, kemas semua barang nenek.. Masa balik tu, memang dalam hati ni memang seronok yang teramat... Walaupun panas dan hadiah yang kami dapat adalah 'SUNBURN', tapi kami puas sangat-sangat....
No comments:
Post a Comment