Habit yang paling buruk bagi Dayang Nur Sabrina adalah,
(i) Kalau orang masak sesuatu yang sedap dan menarik perhatian DNS, dia akan request nak makan makanan tu walau apa cara sekali pun...
(ii) Kalau teringin nak makan atau minum..
(iii) Kalau mimpikan nak makan atau minum sesuatu....
Leong Kar Mun dan Nur Hani amat memahami saya dan mereka sangat risau kalau saya bersuara seperti:
(i) 'Tadi saya nampak Suit Mei bungkus nasi goreng kampung panas-panas dengan telur dadar'
(ii) 'Hani, tadi saya hidu Nai Nai masak tom yam.. Bau dia sedap sangat'
(iii) 'Carmen, jom masak steamboat, saya teringin laa'
(iv) 'Hani, semalam saya mimpi nak makan salad, boleh tak kita buat salad?'
Dorang daa masak dengan perangai saya.. Kalau saya cakap salah satu antara dialog di atas, biasa nya saya akan berkias, dorang akan geram dengan orang yang dah buat saya tergoda kerana secara tidak langsung, mereka kena dan wajib ikut saya makan bersama...
Hari ni, jam 5, kami pergi ke Pantai Selamat untuk belanja makanan untuk masak steamboat.. Memang banyak laa bungkusan yang kami ambil tanpa mengira budget pun bila ambil.. Biasa laa nafsu nak makan.. Hahaha... Lepas tu, boleh pulak nak ke Tunas Manja sebab nak tengok lagi makanan apa yang boleh di tambah lagi untuk masak steamboat.. Carmen, aduyai, kalau boleh satu row peti tu dia nak ambil bak kata Hani... Masa dia dan saya ambil, masa tu tak fikir yang dalam kereta ada lagi makanan yang kita orang dah beli di Pantai Selamat.. LAst-last kita orang pun stop belanja... Sampai je, kita orang terus angkat meja dan mula cuci semua makanan tu sebab nak celur dalam pes tom yam.. Bila daa selesai, kita orang bertiga pun makan.. Makan-makan sambil cakap, last-last kenyang... Makanan pun banyak lebih.. Aduh, memang masa tu perut daa tak larat daa.. Nak meletup je tinggal... Last sekali, makanan yang lebih tu, kita orang simpan di food court untuk buat steamboat lagi esoknya...
No comments:
Post a Comment