Dalam banyak hari atau tarikh, 20 DISEMBER 2010 adalah salah satu hari bersejarah untuk aku. KENAPA? Salah satu daripada sebabnya adalah, hari jadi aku. Setiap tahun, aku akan rasa gembira apabila menjelangnya hari itu. Tidak ada niat agar keluargaku atau rakan rakanku untuk menyuruh mereka meraikannya tetapi bagi aku, cukup sekadar ucapan "SELAMAT HARI JADI". Itu sudah cukup bermakna bagi aku kerana itu merupakan tanda mereka mengingati atau serta menyayangi aku.
Gambar di atas adalah gambar kek yang Carmen, YK, Hani, Kak Long & Bella belikan. Mereka berkongsi duit untuk membeli kek tersebut untuk aku sempena hari jadi aku. Aku berasa amat terharu kerana kek tersebut adalah buatan daripada Secret Recipe. Bukan calang-calang harga kek daripada Secret Recipe. Apa apa pun aku amat terharu dengan mereka.
Dua hari sebelum menjelangnya hari jadi aku, sikap rakan rakan aku agak berubah. Maksud aku, ketika hendak menjawab panggilan telefon. Terutama sekali Carmen. Tak pernah pernah pun dia jawab panggilan sehingga keluar dari rumah. Malaslah jugak aku nak tanya, mungkin dia tak nak ganggu aku. Yang peliknya jugak, mak aku nakkan semua nombor kawan kawan aku. Aku pun bagi kepada ibuku sebab katanya hendak menjual susu jenama HIGOAT. Aku pun kadang kadang marah ibuku. Kenapalah nak jual kepada pelajar benda seperti itu sedangkan pelajar perlukan duit untuk belajar bukannya untuk berbelanja. Dalam hati aku, suka hatilah Mummy.
Ada satu malam itu, aku sedang mandi. Tiba tiba Carmen memberitahu aku bahawa dia perlukan kenderaan untuk pergi ke Harmoni dengan alasan untuk jumpa dengan Erzan untuk mengambil surat yang penting untuk di serahkan kepada Jessie dengan secepat mungkin. Aku memberitahunya untuk memakai kereta aku kerana aku juga merupakan salah satu biro yang bekerja di bawah Erzan. Lalu Carmen pergi ke Harmoni dengan Hani.
Selepas sahaja selesai acara kenduri kahwin yang berlangsung di Pinggir Pelangi, aku, Carmen dan Hani pulang ke rumah untuk berehat. Mereka serta Bella janji untuk belanja aku makan malam di Restoran Wawa sempena hari jadi aku. WOW! Seronoknya nak kena belanja tapi aku tetap rasa segan dengan mereka. Aku memberitahu mereka sebelum berangkat bahawa aku ingin ke ATM terlebih dahulu untuk mengambil duit kerana waktu itu duit aku hanya tinggal RM3 sahaja. Aku berasa segan jika mereka belanja aku. Tetapi mereka dengan tegasnya mengatakan hasrat mereka bahawa mereka hendak belanja aku. Aku pun ikut sahaja kemahuan mereka. Sebelum keluar rumah, aku menerima mesej daripada Pak Cik Dollah. Dia mengucapkan SELAMAT HARI JADI kepada aku dan memberitahu aku bahawa dia di Sandakan ketika itu kerana melawat adiknya. Aku memberitahunya bahawa hari jadi aku yang sebenarnya adalah pada keesokkan harinya. Begitu juga dengan ayah dan ibuku. Mereka menelefon aku pada malam sebelum aku keluar rumah untuk pergi ke Wawa. Mereka memberi alasan mengatakan bahawa mereka takut terlupa untuk ucapkan SELAMAT HARI JADI kepada aku.
Ketika dalam perjalanan, aku cerita tentang ayah,ibu dan Pak Cik Dollah yang memberi mesej kepada aku tadi. Mereka cuma dengar sahaja. Tiba tiba, aku berasa ada sesuatu yang tidak kena apabila Bella menyalurkan telefon bimbitnya kepada Carmen dan Bella juga gelak ketika aku hendak membuat pusingan U untuk ke Wawa. Tetapi aku tidak mengendahkannya dan tidak bertanya dengan banyak. Orang dah belanja, terima sajalah. Samapi sahaj di Wawa, aku pelik, kenapa Carmen gelisah semacam. Aku pun mengajak mereka duduk di satu meja yang cukup cukup untuk empat orang. Aku dan Bella sahaja yang duduk terlebih dahulu. Carmen dan Hani pula masih berdiri, entah apa lah yang mereka nantikan. Tiba tiba YK kejutkan aku dengan memanggil nama aku "SABRINA!!!". Aku pun terkejut. Tiba tiba Carmen memberitahu aku bahawa dia sudah menempah meja. Meja yang ditempahnya memang panjang. Muat untuk 10 orang. Aku pun hairan kenapa banyak sangat bilangan kerusi yang ada. Apa yang buat aku lebih ingin tahu adalah, kenapa banyak sangat makanan serta minuman. Ada sahaja jawapan yang mereka berikan. Tidak lama kemudian, Farrah dan Faris pun datang. Aku pun pelik kenapa mereka datang jugak. Aku ingatkan mereka akan duduk di meja lain. Aku perhatikan sahaja perjalanan mereka. Mereka duduk di tempat di mana kami semua duduk. Aku pun tanya, "kenapa awak boleh ada di sini?". Carmen dan Farrah jawab, mereka ada sesuatu untuk di bincangkan. Aku pun mempercayai kata kata mereka. Apa yang buat aku terlebih pelik lagi, makanan serta minuman sudah di hidangkan, tetapi belum lagi mula untuk makan. Aku pun tanya, "APA YANG HENDAK DI TUNGGUKAN LAGI, JOM LAH MAKAN". Mereka pun mula makan. Orang yang paling banyak mendapat panggilan masuk adalah Carmen. Asal ada sahaja orang yang menelefonnya, pasti dia pergi jauh daripada meja atau pun tutup mulutnya dan senyum.
Selepas sahaja selesai makan, Bella menunjukkan sesuatu di belakang dan Carmen pun seperti memberi isyarat sesuatu kepadanya. Lalu aku pun melihat ke belakang. YA ALLAH! Terkejutnya aku, MUMMY,DADDY,FARINA,PAK CIK DOLLAH & UNCLE P datang. Aku tidak sangka langsung mereka akan datang kerana aku percaya dengan bulat bulat bahawa ibuku sibuk dengan bisnesnya. Tiba tiba mereka datang. Rupa rupanya mereka tipu aku dan ketika mereka membuat panggilan (semasa aku di rumah), mereka sudah berada di Tunas Manja. Mummy datang ke arahku dan menghulurkan dua beg yang bertulis NOKIA. Mummy menyuruh aku memilih salah satu sahaja beg tersebut. Beg tersebut berisi telefon bimbit yang aku idamkan iaitu NOKIA X 3 dan satu lagi NOKIA X5 (telefon bimbit yang ibuku pilih untuk aku). Amat susah untuk aku memilih hadiah tersebut kerana kedua duanya merupakan telefon bimbit yang aku suka. Akhirnya, aku memilih NOKIA X3 kerana aku amat meminati telefon bimbit itu.
Selepas beberapa minit, Bob,Buja,Eja dan dua orang rakannya datang dan duduk di sebelah Hani. Aku berasa sedikit segan dengan mereka sebab sudah lama tidak lepak bersama dengan mereka selepas aku pindah rumah dengan Hunny. Tidak lama kemudian, YK membawa kek yang bernyalakan lilin dari belakang di ikuti dengan Carmen. Lalu semua pun berdiri sambil menyanyikan lagu "HAPPY BIRTHDAY" kepada aku. Aku berasa amat malu kerana ketika itu, Wawa penuh dengan orang dan aku pasti banyak mata yang melihat ke arah meja kami.
Selepas selesai acara di Wawa, mereka (rakan rakanku) memberi aku beg yang berisikan patung sebagai hadiah hari jadi aku. WOW! Terharunya aku. Aku tahu, patung yang mereka belikan untuk aku itu mahal. Aku berasa lidah keluh untuk berkata apabila mereka memberi aku hadiah tersebut.
Di rumah pula, Bella kejutkan aku dengan satu lagi kejutan iaitu, Cupcake yang bernyalakan api serta mempunyai corak yang ditulis nama aku. Ini merupakan kek kedua aku selepas kek yang mereka belikan untuk aku di Wawa tadi...
Apa pun aku amat gembira, terima kasih kepada semua rakan rakanku sebab mereka sudah bersusah payah untuk menyambut hari jadi aku. Tidak lupa juga kepada keluargaku. Aku akan cuba untuk menjadi seseorang yang baik.
INSYAALLAH...
hahaha, selamat hari jadi sabrina :) syok gile bace post ni, kejutan tak habis-habis..
ReplyDelete