Saturday, August 28, 2010

Hari Jadi Kak Long Yang Ke-19 Tahun


28 Ogos 2010 merupakan hari jadi Kak Long atau Nurul Aqilah Binti Zamri yang kesembilan belas tahun. Aku dan rakan-rakanku telah merancang sesuatu yang menjadi kebiasaan untuk dikenakan terhadap orang yang menyambut hari jadi atau pun Birthday Girl. Pada mulanya, aku dan rakan-rakanku merancang untuk membaling telur, tepung dan air kepada Kak Long. Tapi malangnya di rumah tiada telur dan tepung tambahan pula malas untuk pergi ke pekan.
Sewaktu berbuka puasa, aku mengajak Kak Long untuk bermain badminton di luar rumah beramai-ramai. Hani dan Carmen pun menyetujui idea aku lalu memberi cadangan agar jangan mandi dahulu. Tepat 11.00 malam, kami semua mengajak Kak Long untuk bermain badminton dan skipping rope. Aku, Hani dan Carmen berharap sangat agar Kak Long takkan syak sesuatu terhadap apa yang kami rancangkan dan berharap agar apa yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar. Sedang Hani, Kak Long dan Carmen asyik bermain, aku mengambil tiga baldi kosong lalu mengisi air tidak daripada bilik mesyuarat. Pada mulanya Kak Long sedar akan kehadiran aku membawa baldi itu tetapi aku berjaya menipunya dengan memberitahu bahawa aku sedang memeriksa pintu bilik mesyuarat untuk jalan pintas ke dobi. Untunglah Kak Long percaya dengan apa yang aku katakan kalau tidak habis lah rancangan untuk kenakan Birthday Girl.
Jam menunjukkan tiga minit lagi untuk jam 12 tengah malam. Kami pun berhenti bermain badminton dan skipping rope. Kami mengajak Kak Long untuk ke tengah gelanggang badminton dan menanya kepadanya terhadap pengalamannya menempuh hidup selama 18 tahun. Kak Long pun menceritakan pengalamannya sewaktu zaman sekolah dahulu.
Tepat jam 12 tengah malam, kami menyanyikan lagu Hari Jadi untuk Kak Long dan menangkap gambar dengannya dan menyalamnya. Hani mengajak Kak Long untuk duduk kerana aku dan Carmen telah memberi isyarat kepada Hani. Kak Long dan Hani pun duduk seperti yang disuruh oleh aku dan Carmen. Tiba-tiba Kak Long menanya kepada kami "Kenapa awak berdua tak nak duduk?".. Carmen pulak jawab "Lepas senaman mana boleh duduk. Kena rehat beberapa minit dahulu.".. Hani pula mencela "Kita dah besar jadi tak payah berdiri pun tak apa. Jangan risau Kak Long, duduk sahaja"..
Aku dan Carmen terus ke sebelah bilik mesyuarat tempat di mana aku mengisi air itu. Aku memberitahu Carmen bahawa aku takut jikalau Kak Long akan tahu apa yang hendak di lakukan, Tanpa berfikir lagi, Carmen memberitahu aku bahawa "Saya rasa Qilah tak kan perasan. Jom kita bawa dahulu baldi yang besar ini. Hani akan tahan Qilah."..
Aku dan Carmen terus membawa baldi yang paling besar dan terus menyimbah air tersebut kepada Kak Long diikuti dengan dua baldi lagi. Pada mulanya Kak Long hendak mengelak tetapi tidak berjaya kerana Hani menahannya. Seronok sungguh kerana misi aku, Carmen dan Hani telah berjaya.

Kak Long bercadang untuk pergi ke pasar pada jam 5 petang kerana takut makanan habis seperti minggu lepas. Aku dan Hani pula bercadang hendak pergi jam 6 petang kerana hendak melengahkan masa sehingga jam 7 malam. Pada mulanya Kak Long tidak setuju dengan cadangan aku dan Hani. Lama-lama dia akur juga dengan cadangan kami. Sebelum hendak keluar ke pasar, Kak Long menyuruh aku untuk memasak nasi. Aku tidak mempunyai idea bagaimana hendak mengikari kata-kata Kak Long itu. Aku pula kata, "Saya bercadang kita semua beli nasi di pasar". Kak Long pula kata, "Jangan berharap sangat. Nanti nasi habis." Aku tetap tidak peduli dengan kata-kata Kak Long. Aku menegaskan bahawa aku hendak membeli makanan seperti nasi minyak ataupun makanan yang bergoreng kerana sudah jemu hendak membeli makanan seperti lauk pauk. Sepanjang perjalanan hendak ke pasar, aku dan Hani melalui pelbagai keperitan lantaran mengajak Kak Long berjalan. Macam-macam ayat yang Kak Long keluarkan seperti "Menyesal", "Tak Syok", "Tak Seronok", "Tak Best". Aku dan Hani hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Aku yakin bahawa selepas berbuka puasa nanti, Kak Long pasti akan menarik balik kata-katanya itu. Kak Long memberitahu bahawa dia sakit kaki dan merayu kepada Hani agar Hani menelefon Miss Hidayah untuk meminta tolong untuk menghantar ke pasar. Tapi Hani ingkar dan memberi alasan "Tidak mahu menyusahkan Miss".. Selepas itu, kami ternampak Farrah dan kekasihnya. Hani dan Kak Long meminta aku untuk bercakap dengan Farrah untuk meminta jasa baiknya untuk menghantar kami ke wisma kerana aku dan Hani hendak mengeluarkan duit dahulu. Tetapi malangnya, kereta yang di pandu berlalu begitu sahaja. Tidak ada jalan lain melainkan berjalan kaki sahaja. Tiba di wisma, aku dan Hani mengeluarkan duit. Aku dan Hani berasa amat pelik kerana Kak Long hanya mendiamkan diri sahaja. Tambahan pula mukanya murung. Hani cuba untuk memujuk Kak Long. Kami tahu bahawa Kak Long pasti memarahi kami kerana boleh tahu dari raut wajahnya. Tetapi Kak Long cuba menyembunyikannya. Sampai sahaj di pasar, aku memberitahu Kak Long dan Hani bahawa beli makanan untuk bersahur dahulu kerana pada kebiasaannya, kami akan membeli lauk pauk dahulu. Aku memberi isyarat pada Hani. Kak Long pun mengikuti apa yang aku cadangkan. Sewaktu di pasar, tiba-tiba tersempak dengan Nad. Nad mempunyai kereta. Kak Long memberitahu Nad bahawa kami semua hendak menumpangnya untuk balik tetapi sebelum itu, hendak singgah di Wawa dahulu. Sewaktu membeli makanan, Kak Long tidak banyak bercakap seperti selalu. Kak Long membeli dua bungkus makanan dengan bercadang untuk makan sewaktu berbuka dan waktu bersahur. Aku dan Hani risau kerana berbuka di Wawa. Tapi tidak mengapa kerana makanan yang lebih itu boleh di simpan. Selesai sahaja membeli makanan di pasar, Kak Long bekeras jugak hendak menumpang Nad. Aku dan Hani bercadang untuk berjalan kaki untuk melengahkan masa sehingga jam 7malam. Sewaktu sampai di Wawa, aku meminta teman Kak Long untuk mengutip hutang mereka yang berhutang dengan mak aku. Aku memberi alasan aku takut dan hanya Kak Long sahaja yang boleh melindungi aku. Kak Long pun menemani aku.Tetapi aku membawa turun semua makanan yang aku beli. Kak Long menanya aku kenapa aku membawa keluar semua makanan sedangkan balik dengan menggunakan kereta. Aku memberitahu Kak Long bahawa aku malas hendak meletakkannya elok-elok. Jadi aku bercadang untuk membawanya keluar. Aku menyuruh Kak Long untuk membawa keluar makanannya juga tetapi Kak Long berkeras untuk meletakkannya di dalam kereta Nad. Aku memberitahu Hani agar menyuruh Nad balik. Hani memberitahu aku agar jangan risau kerana dia tahu bagaimana hendak menguruskannya. Kak Long menemani aku di kaunter pendaftaran. Selepas sahaja aku mengambil duit hutang, aku memberitahu Kak Long bahawa aku hendak ke tandas. Kak Long memberitahu aku agar pergi tandas di rumah sahaja kerana masa untuk berbuka hampir. Selepas aku keluar daripada tandas, aku lihat Hani sudah keluar dari kereta Nad. Kak Long menanya Hani kenapa dia keluar daripada kereta tambahan pula membawa semua makanan keluar. Hani memberitahu Kak Long bahawa pengawal Wawa memarahi Nad kerana Nad menghalang jalan masuk Wawa dan memberitahu Kak Long bahawa Nad menunggu di hadapan Restoran. Aku memberitahu Kak Long bahawa aku hendak ke Restoran Wawa untuk mengutip hutang lagi. Aku terus ke kaunter untuk menanyakan nombor meja yang telah aku tempah petang tadi. Kak Long dan Hani mengikut aku dari belakang. Apabila sudah mengetahui nombor meja, aku terus mengajak Hani dan Kak Long duduk di meja tersebut. Kak Long menanya aku kenapa duduk di tempat tersebut dan memberitahu aku bahawa Nad sedang menunggu. Hani pula memberitahu bahawa Nad balik ke Ilmiah dan memberitahu bahawa kita menunggu Carmen. Tambahan pula aku memberitahu Kak Long bahawa aku kena menunggu seseorang untuk membayar hutang lagi. Kak Long menanya aku dengan Hani berulang-ulang kali mengapa duduk di tempat tersebut tambahan pula banyak makanan di atas meja. Kak Long menanya "Adakah makanan ini semua bukan kepunyaan kita? Kalau bukan kenapa harus duduk di tempat yang bukan kepunyaan kita? Banyak meja kosong di belakang sana. Kenapa tak nak duduk di meja yang kosong?". Hani sudah tidak mempunyai idea lagi untuk bercakap. Aku pula memberitahu Hani agar memberitahu kebenarannya kerana sudah tiba masanya. Aku dan Hani memberitahu Kak Long bahawa "Kita berbuka puasa di Wawa hari ini". Kak Long tidak tahu hendak berkata apa lagi kerana semua ini tidak terlintas di fikirannya. Sewaktu berbuka puasa, Kak Long tidak habis-habis berkata, "Sweetnya korang. Terima Kasih kawan-kawan. Saya tak menyangka semua ini. Saya tak pernah sambut hari jadi saya seperti ini. Saya sayang korang semua. Terima kasih kawan-kawan".. Carmen datang lewat sedikit kerana dia membeli kek bersama dengan kawannya. Aku menyuruh Carmen meminta tolong pekerja Wawa agar menyimpan dahulu kek tersebut. Carmen menelefon aku untuk meminta tolong aku mengambilnya di reception Wawa. Aku memberitahu bahawa aku hendak berjumpa dengan orang. Carmen memberitahu aku bahawa kek akan di keluarkan pada jam 8.30 malam. Carmen datang lalu makan dan bercerita dengan meminta maaf kerana tiada hadiah untuk Kak Long. Apa yang boleh di berikan kepada Kak Long hanyalah bawa Kak Long makan di Wawa sahaja. Carmen, Hani dan aku juga meminta maaf kerana tiada kek untuk Kak Long. Kami memberitahu Kak Long bahawa kami tidak pandai untuk membuat kek tambahan pula tiada kenderaan dan duit yang cukup untuk ke Kuantan atau Segamat untuk membeli kek. Kak Long pula memberitahu bahawa apa yang sudah di lakukan oleh kami ini membuatnya amat terharu.
Tepat jam 8.30 malam, kek yang dinyalakan api telah pun dikeluarkan dan diajukan kepada Kak Long. Kak Long amat terkejut dengan kejutan itu. Kak Long barasa amat malu kerana pekerja Wawa menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepadanya dan pelanggan yang lain juga memerhatikannya. Benda yang pertama keluar daripada mulut Kak Long adalah "SWEETnya awak semua. Terima Kasih kawan-kawan. Saya sayang awak semua.". Kek pun ditiup dan dipotong untuk dimakan. Sebelum balik, kami menangkap banyak gambar sebagai kenangan dan untuk di letakkan di Facebook..

SELAMAT HARI JADI NURUL AQILAH BT ZAMRI


No comments:

Post a Comment