Friday, May 27, 2011

Booth Citra Seni 2011/2012

Meeting meeting meeting.. Benda yang paling tak best langsung kalau ada program sebab apa? Sebab kena pergi meeting, kena buat ini lah itu lah.. Tapi masa program rasa seronok sebab kita yang jayakan.. Belajar dari pengalaman supaya senang masa akan datang nanti..

Meeting kali ini untuk pendaftaran kelab. Saya kena jaga booth untuk Citra Seni. Ingatkan Abg Hadi yang handle meeting rupa-rupanya Min yang handle. Aduih, pening kepala. Dah lah budak Foundation, muda setahun dengan kita tapi cara mengarah macam saya ni apa. Cubalah hormat sikit. Saya lebih suka kalau budak Foundation panggil saya kakak memang lah geli sebab ada gelaran 'kakak' tapi tu tandanya hormat pada senior. Cuba jadi macam Adik Faiz dengan Adik Farisha kan bagus. Kita pun senang nak kerjasama. Okay fine saya terima bukan sebab yang lain tetapi saya hormat sebab awak adalah Naib Pengerusi dan saya under awak.

Barang-barang yang sepatutnya ambil yang Min suruh sudah pun saya selesaikan. Malam masa nak hias, ada pulak barang yang tak cukup.Aduh, ni lah yang paling saya lemah. Kenapa lah tak senaraikan semuanya elok-elok. Penatlah nak kena jumpa orang-orang wisma. Dahlah banyak ragam. Abg Hadi pulak malam tu macam tak ada mood. Takut betul tengok. Yang menggeramkan lagi, masa meeting sikit je yang datang tapi masa malam tu ramai pulak dah yang datang.

Hari pendaftaran tu, saya mula jaga jam 9 pagi. Memang panas masa tu dan agak ramailah jugak.. Tak tahan saya masa tu. Selepas je Abg Feroz selesai kelas, saya ganti dengan dia dan balik.. Penat tapi seronok sebab dapat jaga booth. Ya lah sebelum ni, saya pelajar yang mendaftar tapi hari tu orang yang mendaftar. Rasa seronok sangat walaupun penat.. Balik je rumah terus rasa nak demam. Habis mandi terus lena tidur sampai lah jam 8 malam. Kak Long pulak masuk bilik tanya keadaan dan motivate minda supaya cakap 'aku tak demam'.

Malam tu jugak saya dah sihat. Lepas je rasa sihat kami serumah pun keluar beli burger (rasa teringin nak makan burger. Ye lah kan demam sekejap tadi lagi pun Carmen dengan Hani teringin dari semalamnya lagi). Order bukan sebarang order sekali order double special burger. Haa ambik ko... NYUM NYUM NYUM

No comments:

Post a Comment