Wednesday, November 7, 2018

MADU BERSARANG QUEEN B - VIRAL


                                                   

                                 


Assalammualaikum semua pembaca entry...

Diharapkan sihat senantiasa dan dilindungi selalu oleh-Nya..
Insyaallah..Amin..

Untuk entry kali ini, Sa nak bercerita sikit pasal Madu Bersarang yang tengah VIRAL sekarang ni..
Setiap kali Sa buka Instagram dan Facebook memang Madu Bersarang ni yang akan keluar dalam new feeds Sa....
Gambar orang tengah makan madu siap fresh dari sarang dia lagi.. Sangat menarik...

Mummy Sa yang followlah jugak benda-benda viral ni buat keputusan nak beniaga Madu Bersarang daripada Madu Queen B... Tapi seeloknya kalau nak berniaga, kita sebagai penjual kenalah consume terlebih dahulu supaya feedback yang nak dishare tu bolehlah disampaikan dengan ikhlas dan jujur kepada pembeli kan...

Jadi Sa dan Mummy Sa pun beli dan try Madu Queen B... 
Apa yang menarik pasal Madu Queen B ni, ianya 100 peratus madu asli tanpa campuran gula tambahan.. 
Memang fresh sebab ada sarang lebah sekali.. Siap MELELEH lagi... Gitew...

Betul Sa tak tipu sebab Sa sendiri dah try dan consume setiap hari... 
Tapi tidaklah sehari terus NGAP begitu.. 
Nanti Sa share cara Sa consume macam mana.. Tapi kena tunggu next entry ya... 
Sebab entry kali ni Sa nak memperkenalkan dulu Madu Queen B ni...


Image result for madu queen b
Madu Besarang Queen B
Inilah dia madu bersarang Queen B...
Tengok je pun dah terliur dan menarik...
Dipack sekali dengan sarang lebah.. Tapi harus diingat, sarang tu tidak boleh dimakan dan harus dibuang...
Untuk madu bersarang Queen B ni dipack dengan lima packaging..
Seronok kan??? Sa mula-mula masa nak beli rasa seronok sebabnya kita boleh pilih nak pack yang mana satu.. Single pack ke, double pack ke, stick pack ke...

Pack?? Pack apa??? Tak fahamlah...

Ok maksud Sa, madu bersarang Queen B ni dipack ikut berat gram dia...
Ada lima jenis packing bersamaan dengan berat yang berlainan..
Sila tengok di bawah: 


⬇⬇⬇⬇⬇
                                                      
Single pack (100g):                          RM40
Couple pack (300g):                        RM80
Family pack (700g):                        RM140
Limited pack (550g - 650g):            RM120
Stick pack (100 pcs):                       RM110

                                 
Packaging Madu Queen B


Harga di atas ni tak termasuk postage dan juga COD ya...
Additional postage RM5 (SM) dan RM10 (SS)..
Untuk COD plak, akan dicaj ikut lokasi yang dihantar..
Kebiasaannya range RM5 - RM10...

Alah, madu je pun... Mana-mana pun ada jual..


EEEHHHHH TTTIIIDDAAAKKKK....


Salah tu...




Kenapa Sa cakap salah???
Macam Sa cakap masa awal entry tadi, madu Queen B ni 100 peratus asli dan dipack dengan sarang lebah dia sekali...
Apa yang lagi best, madu Queen B ni ada khasiat yang tersendiri....
Nak tahu apa???



Sila ke scroll ke bawah:



Image result for symbol arrow



Kelebihan dan khasiat Madu Sarang Queen B : 
👉 Makanan Sunnah
👉 Merupakan sumber nutrisi yang lengkap
👉 PRODUK ALAM SEMULAJADI
👉 Mengawal kandungan gula dalam darah
👉 Anti oksida
👉 Membaiki sistem saluran pencernaan
👉 Merawat luka 
👉 Meredakan batuk
👉 Meningkatkan stamina
👉 Boleh dipakai sebagai masker muka


Boleh dipakai sebagai masker muka
                                     

Bukan itu je, madu pun boleh digunakan untuk memasak, baking, minuman seharian dan macam-macam lagi...

Jadi kepada yang nak try tu, bolehlah bermula dengan pack single iaitu 100 gram..

Sesiapa yang berminat untuk try bolehlah mesej di nombor di bawah ini:

012-745 2691

Sesiapa yang nak cari duit tepi, bolehlah jugak mesej ya uolss..
Tapi nombor ni hanya untuk business purpose ye.. 😊

Harapnya entry ni dapatlah membantu semua...
Selamat mencuba... ❤❤❤❤❤



P/S: Untuk entry seterusnya, nanti Sa share cara Sa consume harian madu bersarang Queen B ni...













Sunday, February 18, 2018

KEMALANGAN JALAN RAYA & CLAIM INSURANCE

Assalammualaikum semua pembaca entry....

Apa yang korang semua akan buat kalau terlibat dalam kemalangan jalan raya??? Maksud Sa kemalangan yang kecil-kecilan??? Report polis??? Claim insurance??? Settle sesama sendiri??? Ok blurrrrr.....

Pagi Isnin hujung January 2018, Sa terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang ringan... Ringanlah bagi Sa sebab diri sendiri dan pihak terlibat tak ada kecederaan pada diri cuma cedera kepada kereta masing-masing....

Alkisahnya berlaku apabila Sa yang dari lane kanan, nak berpindah ke lane kiri... Tiba-tiba kereta dari arah kiri langgar sisi kereta Sa walaupun signal dah diberi... Selepas incident tu berlaku, Sa dan kereta yang terlibat parking kereta masing-masing di tepi jalan untuk berbincang tentang ganti rugi kereta masing-masing..  Mula tu Sa agak blurrr dan tak tahu nak selesaikan macam mana... Tak pernah terjadi kepada Sa sebelum ni... Ye lah siapa yang nak kan benda buruk berlaku kepada diri kita kan???

Perkara pertama yang Sa buat pagi tu adalah:

1. Telefon Mummy Sa untuk minta tolong Sa datang ke tempat kejadian
2. Telefon officemate untuk update pasal apa yang terjadi kepada Sa
3. Update group Whatsapp officemate Sa untuk bagi tahu dorang tentang keadaan Sa

Tak lama tu, officemate Sa pun telefon Sa untuk tanya nama insurance Sa... Dorang nak tolong Sa untuk telefon orang insurance untuk towing kereta Sa... Tak lama tu, Diana dan Cik Izz datang bantu Sa untuk selesaikan masalah Sa.... Dan Sa pun follow je lah mana yang terbaik untuk settlekan masalah ni...

Procedure claim insurance:-
1. Sa buat laporan polis trafik IPD di PJ...
*Untuk kemalangan jalan raya, disarankan buat report di mana-mana trafik IPD
*Isi satu borang mengenai kemalangan yang terjadi... Antara info yang diperlukan adalah, nombor kenderaan kita dan si mangsa, jenis kenderaan kita dan si mangsa, waktu kejadian, tempat kejadian (kalau tak pasti, korang kena google dulu)
*Sebelum report dikeluarkan, korang akan disoal siasat oleh Sarjan yang bertugas... Semasa disoal siasat, saman polis akan dikeluarkan andai kata korang didapati bersalah... Berapa tu saman polis??? Dalm RM150-RM300 jugak lah kot...
*Bila dah selesai, korang dikehendaki mengambil report tertentu untuk claiming

2. Telefon agen insurance... Kalau nak selesaikan tanpa menggunakan khidmat insurance pun boleh juga... Tapi kena ingat, ganti rugi harus ditanggung oleh pihak yang bersalah...
*Kepada yang nak claim insurance, korang kena tahu centre mana yang boleh buat claiming sebab tak semua centre akan terima konsep repair dan claim insurance... Kalau nak hantar ke bengkel, disarankan korang kena cek dulu dengan wakil insurance di mana panel bengkel untuk insurance korang...  Bukan apa ni untuk memudahkan procedure claiming.. Kalau tak, mungkin ambil masa yang panjang untuk kereta korang siap....

3. Bila dah selesai buat report polis dan minta advice daripada pihak insurance, kereta korang kenalah hantar ke centre atau bengkel yang dipilih... Antara dokumen yang korang kena sediakan adalah IC, lesen memandu, geran kereta, polisi insurance dan report polis... Bila dokumen semua lengkap, barulah pihak centre atau bengkel akan repair kereta korang..  Tapi akan ambil masa yang lama sebab dorang kena tunggu apporval daripada pihak insurance dan juga kita sendiri...

Ok kalau tadi kita bercerita pasal claim procedure untuk kenderaan kita, macam mana dengan mangsa yang terlibat???
Kebiasaannya, si mangsa memang akan tanya kita macam mana kita nak selesaikan ganti rugi kereta dorang plak...Macam kes Sa, si mangsa whatsapp Sa untuk tahu update... Kalau korang plan nak bayar ganti rugi melalui cash, korang boleh direct deal dengan si mangsa.. Tapi kalau plan nak buat ganti rugi melalui claim insurance, procedure dia still sama, buat report polis dulu... TETAPI, si mangsa juga kena refer kepada wakil insurance dia terlebih dahulu... Macam mana???

Procedure si mangsa:-
1. Report polis kena buat seperti kita juga
2. Refer dan claim damage daripada wakil insurance sendiri terlebih dahulu
3. Selepas dah selesai repair kereta, pihak insurance akan hantar dan buat claim kepada pihak insurance kita (senang cerita macam Sa lah sebab menurut undang-undang dan polis, Sa yang bersalah)

Barulah Sa tahu the actual procedure untuk claim insurance.. Selama ni dengar je orang cakap claim claim claim.. Tapi di sebalik perkataan 'Claim' tu, tersoroknya procedure yang tertentu...

Bercerita pasal duration kereta untuk siap, bergantung kepada kondisi kenderaan korang... Kalau tak teruk sangat mungkin boleh siap kurang dari sebulan tapi kalau teruk, memang lebih dari sebulanlah..

Oklah semoga apa yang Sa share ni, boleh bagi sedikit info kepada korang.. Mungkin ada yang tahu, mungkin juga ada yang tak tahu... Kepada yang tak tahu, entry ni mungkin bagi manfaat yang berguna untuk korang tapi untuk yang dah tahu, semoga entry ini dapat 'sharp'kan pengetahuan korang....

-SR-